Berita Terkini Gegaran Gempa Bumi Di Sabah 2015

Berita Terkini Gegaran Gempa Bumi Di Lahad Datu, Semporna Dan Tawau, Sabah 2015. Di petik dari FB Jabatan Meteorologi Malaysia melaporkan berlaku gempa bumi berukuran 5.8 pada skala Richter di garisan 4.7 utara dan 119.8 timur pada 1.19 pagi 20 Januari 2015 dan gegaran itu dapat dirasai di Lahad Datu, Semporna dan Tawau. Pusat gempa terletak 148 kilometer timur laut Semporna, Sabah dan tiada ancaman tsunami dikeluarkan.

BERITA GAMBAR GEMPA BUMI SABAH 5 JUN 2015 KLIK SINI


Gegaran Gempa Bumi Di Sabah 2015

Dipetik dari BERNAMA, penduduk di kawasan Tawau dilaporkan merasai gegaran gempa bumi 5.8 Richter yang berlaku di Sulu Archipelago, Filipina, awal hari ini.

Penghuni di perumahan Sri Titingan, Badriansyah Hamdi, 52, berkata beliau turut merasai gegaran itu sekitar jam 1.20 pagi.

"Gegaran itu membuatkan saya panik seketika. Namun saya tidak meninggalkan rumah kerana gegaran itu hanya berlaku dalam beberapa saat dan ini merupakan kali kedua saya merasakan gegaran seperti itu," 

Sementara itu, seorang lagi penduduk Howard Martin, 43, dari Taman Perwira Batu 8 berkata, beliau tidak menyedari kejadian gempa berkenaan dan hanya mengetahuinya apabila jiran memaklumkan kepada beliau sejurus selepas gegaran itu.

"Ketika dihubungi jiran mengenai kejadian itu, saya baru hendak tidur namun saya tidak merasai sebarang gegaran," katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Tawau Mohd Razali Awang Ahmad berkata, pihaknya menerima banyak panggilan sejurus selepas kejadian gempa bumi itu.

"Tiga jentera telah membuat rondaan pada 1.40 pagi namun tiada sebarang laporan kerosakan diterima," 

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now