Berita Terkini 12 Terbunuh Insiden Tembakan Rambang Di Paris 7 Januari 2015

Berita Terkini Insiden Tembakan Rambang Di Paris 7 Januari 2015

Berita Terkini 12 Terbunuh Insiden Tembakan Rambang Di Paris 7 Januari 2015. Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh 10 cedera dengan 4 kritikal (menurut Daily Mail UK) termasuk dua anggota polis apabila dua individu yang bersenjatakan mesin gan AK-47 dan pelancar roket menembak rambang dalam sebuah pejabat Charlie Hebdo di Paris, Perancis

Terdahulu, Timbalan Datuk Bandar Paris, Bruno Julliard berkata, enam orang cedera parah termasuk seorang anggota polis.

Presiden Perancis Francois Hollande sedang dalam perjalanan ke lokasi kejadian dan memanggil satu mesyuarat kabinet tergempar, kata jurucakap pejabat presiden.

Sumber terdekat memberitahu, "dua lelaki bersenjatakan mesin gan AK-47 dan pelancar roket menceroboh bangunan itu yang terletak di tengah bandaraya Paris dan kedengaran bunyi berbalas tembakan dengan pegawai keselamatan."

Individu tersebut merampas sebuah kereta dan melanggar pejalan kaki berhampiran.

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now