Berita Terkini Misteri Beg Merah Di Stesen Minyak Jalan Tebrau JB 13-1-2015

Misteri Beg Merah bahan letupan

Berita Terkini Misteri Beg Merah Di Stesen Minyak Jalan Tebrau JB 13-1-2015Stesen minyak di hadapan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Polis Johor di sini menjadi tumpuan selepas pasukan keselamatan termasuk anggota pemusnah bom polis dan anggota bomba dilihat mengawal keadaan sebelum letupan kecil kedengaran kira kira 1.40 petang tadi.

Suasana ketika ini terkawal walaupun letupan berkenaan adalah kali kedua dilakukan oleh pasukan keselamatan selepas letupan kecil pertama pada 1.20 petang tadi untuk memusnahkan beg bewarna merah yang berada di luar stesen minyak berkenaan.

Jalan Tebrau menghala ke Kota Tinggi berdepan dengan bangunan City Plaza di sini ditutup bagi lalu lintas namun laluan bertentangan masih dibuka untuk trafik.
Misteri Beg Merah Di Stesen Minyak Jalan Tebrau JB 13-1-2015

Difahamkan pekerja stesen minyak membuat panggilan beberapa jam sebelum letupan memaklumkan mengenai sebuah beg bewarna merah diletakkan seseorang di luar premis.
Petugas media dan orang awam tidak dibenarkan untuk menghampiri lokasi terbabit atas sebab keselamatan selain saksi termasuk pekerja dan pemilik pengusaha minyak enggan memberi sebarang komen - myMetro & BH online

Terkini dari Astro Awani - Beg yang ditinggalkan di luar stesen petrol di Jalan Tebrau tidak mengandungi bahan letupan - OCPD JB Selatan Sulaiman Salleh


KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

1 comment... add one now

Sentiasa Panas Sentiasa Panas 13 Januari, 2015
Nampak sangat usaha berterusan menyerang keamanan di Malaysia ni..