Biodata Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad Penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul 2015

Biodata Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad Penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul 2015. Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad dipilih sebagai penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul sempena Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan bagi Tahun 1436H/2015M.
Biodata Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad Penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul 2015
Selain itu turut disampaikan adalah anugerah Maulidur Rasul kepada lapan penerima iaitu Datuk Saleh Mad@Ahmad; Datuk Mahamud Abdul; Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor dan Prof Madya Dr Syarifah Hayati Syed Ismail.
Penerima lain adalah Kolonel Mohd Sakri Hussin; Nazrey Johani; Muhammad Abdullah dan Mohd Azlan Mat Lazin.
Biodata Latar Belakang Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad
Tan Sri Dato’ Syaikh Haji Ismail Muhammad dilahirkan di Kampung Padang Pulut, Dungun, Terengganu pada 2 Januari 1944. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Dungun Terengganu dan Sekolah Arab Dungun Terengganu. Kemudian, mendapat pendidikan peringkat menengah di Sekolah Menengah Ugama Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu. Beliau meneruskan pengajian dalam bidang Tahfiz Al-Quran oada tahun 1966 dan merupakan salah seorang daripada lapan orang pelajar awal Ma’ahad Tahfiz Al-Quran Masjid Negara. Setelah mendapat Diploma Tahfiz, beliau melanjutkan pengajian ke Maahad Al-Qiraat Al-Azhar, Shoubra, Mesir dan memperoleh Ijazah Pertama dalam bidang Al-Qiraat dan Ulum Al-Quran.

Kerjaya
Sekembalinya beliau dari Timur Tengah, beliau telah memulakan kerjaya sebagai Pegawai Tadbir di Perwakilan Rabitah Amal Islami dan tenaga pengajar di Persekutuan Seruan Islam Singapura (JAMIYAH). Beliau juga pernah bertugas sebagai Pengetua Ma’ahad Tahfiz Al-Quran Terengganu, Pensyarah dan Timbalan Pengerusi Institut Tahfiz Sultan Haji Hassanul Bolkiah, Brunei Darussalam dan juga Imam Besar Masjid Putra, Putrajaya. Kini, beliau merupakan Imam Besar Masjid Negara sejak tahun 2007.

Kemahiran beliau dalam bidang Al-Quran diperakui apabila beliau dilantik sebagai Hakim Tilawah Al-Quran peringkat Negeri dan Kebangsaan sejak tahun 1984 sehingga sekarang dan pernah menganggotai Jawatankuasa Mentashih Al-Quran Kementerian Dalam Negeri. Beliau juga merupakan Hakim Musabaqah Tilawah Al-Quran peringkat Antarabangsa sama ada dianjurkan oleh Malaysia mahupun di negara-negara luar seperti Brunei, Mesir, Arab Saudi, Dubai, Iran, Qatar dan TV Al-Jazeera. Disamping itu, beliau juga diundang membentang Kertas Kerja dalam Kursus-Kursus Tahsin Al-Quran sama ada di peringkat Negeri mahupun Kebangsaan.

Beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Teks Doa peringkat jabatan di JAKIM dan sering dijemput untuk memimpin bacaan doa dalam majlis-majlis rasmi negara mahupun antarabangsa. Bagi mengenang jasa dan sumbangan beliau, maka beliau telah menerima beberapa anugerah dan pingat. Antaranya, Pingat Jasa Kebaktian (P.J.K.), Ahli Mahkota Terengganu (A.M.T.), Anugerah Dato’ Paduka Mahkota Terengganu (D.P.M.T.) yang membawa gelaran Dato’ dan juga Darjah Kebesaran Panglima Setia Mahkota (P.S.M.) yang membawa gelaran Tan Sri. Beliau telah dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah peringkat negeri Terengganu bagi tahun 1432H/2010M - SUMBER

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


1 comment... add one now

KEDAI ONLINE MURAH kedaionlinemy.com KEDAI ONLINE MURAH kedaionlinemy.com 05 Januari, 2015
banyakkan program seperti ini dan sngt bagus - kedaionlinemy.com