Borang Permohonan SL1M (Skim Latihan 1Malaysia)

Permohonan SL1M Online. Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) menurut Laman Web Rasmi Unit Perancang Ekonomi, JPM adalah program untuk meningkatkan tahap kebolehpasaran (employability) atau keupayaan graduan untuk mendapat pekerjaan dengan kerjasama Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan swasta yang melaksanakan program SL1M sebagai Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR). 
Jawatan yang ditawarkan termasuk dalam bidang operasi, pentadbiran, teknikal dan pemasaran. Antara syarikat yang terlibat ialah Maybank, Telekom Malaysia (TM), Malaysia Airlines (MAS) dan Aegis, sebuah syarikat multinasional dari India.
SL1M (Skim Latihan 1Malaysia)
Graduan yang memenuhi kriteria dan lulus temuduga akan mempunyai peluang untuk diambil sebagai pekerja tetap setelah melalui latihan industri untuk tempoh antara lapan bulan dan setahun.
Maklumat lanjut sebagai peserta atau syarikat untuk menyertai program SL1M adalah seperti berikut.

TERMA DAN SYARAT SL1M

  • 1. Graduan mestilah Warganegara Malaysia
  • 2. Graduan berkelulusan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dan ke atas
  • 3. Graduan lepasan Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia atau selain daripada Kerajaan Malaysia
  • 4. Graduan tidak mendapat pekerjaan selepas 6 bulan menerima Ijazah atau selepas menerima transkrip keseluruhan peperiksaan
  • 5. Graduan yang telah bekerja tetapi tidak setaraf dengan kelayakan atau gaji yang diterima
  • 6. Graduan mestilah berdaftar di JobsMalaysia, Kementerian Sumber Manusia

Cara Mendaftar SL1M

1. Memahami terma dan syarat yang telah ditetapkan
2. Isikan maklumat lengkap beserta dokumen yang diperlukan

Struktur Latihan dan Modul

Modul-modul wajib bagi memantapkan kemahiran insaniah peserta SL1M:

Latihan Kemahiran Insaniah - 2 Bulan

  • (Elaun bulanan peserta semasa Latihan Kemahiran Insaniah – minimum RM 1,000)
  • Komunikasi
  • Kemahiran Berfikir, Menganalisa dan kreatif
  • Penyesuaian Organisasi
  • Nilai-nilai maju diri serta Profesional
  • Etika Korporat, Pemakaian dan Adab
  • Modul-modul tambahan bagi memantapkan mental, fizikal dan moral peserta SL1M yang bakal menjadi pekerja syarikat anda

Latihan di dalam kelas

  • Komunikasi Perniagaan dalam Bahasa Inggeris
  • Kemahiran Penguasaan Bahasa Inggeris
  • Pengurusan Kewangan
  • Keusahawanan
  • penguasaan Motivasi Diri
  • Penguasaan Disiplin Diri
  • Pemantapan Rohani dan Jasmani
  • Interaksi Sosial dan Hubungan Silaturahim

Latihan di luar kelas

  • Penerapan Semangat Berpasukan
  • Aktiviti Pengurusan Acara/Majlis
  • Projek Tanggungjawab Sosial Korporat
  • Latihan Fizikal dan Penerapan Disiplin
  • Tekwando
  • Aktiviti Berkawad
  • Sukan dan Kokurikulum Luar
  • Meningkatkan Nilai Keagamaan, Kerohanian dan Nilai-Nilai Moral yang Murni

Kursus Pra-Pekerjaan - (minimum 6 bulan dan maksimum 10 bulan)
(Elaun bulanan peserta semasa Kursus Pra-Pekerjaan – minimum RM 1,000)

Penempatan Pekerjaan

Peserta dibantu oleh syarikat penaung untuk mendapatkan pekerjaan sebelum program berakhir.

  • Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari Laman Web SL1M di EPU

Selamat memohon SL1M (Skim Latihan 1Malaysia).
 

0 comment... add one now