Britney Nicole Pelajar Wanita Yang Dilarang Pakai Baju Kurung Ke Sekolah

Pelajar Wanita Yang Dilarang Pakai Baju Kurung Ke Sekolah
Pelajar Wanita Dilarang Pakai Baju Kurung Ke Sekolah. Nama Britney Nicole A/P Lawrence Jayaraj pelajar dilarang pakai baju kurung ke sekolah kini menjadi trending di laman sosial. 

Tidak terkecuali isu ini mendapat perhatian seorang budayawan dan tokoh sejarah, Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim. Beliau mengulas laporan seorang bapa, Lawrence Jayaraj di sebuah portal yang mendakwa anak perempuannya dihalang daripada memasuki kelas atas alasan melanggar etika pakaian di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Mutiara Cheras.

Lawrence berkata, anaknya yang baru bertukar daripada sekolah lain itu dihalang daripada memasuki kelas kerana memakai baju kurung.

Menurutnya, pihak sekolah terbabit menyatakan bahawa hanya pelajar Melayu sahaja dibenarkan memakai baju kurung manakala bagi bukan Melayu tidak dibenarkan. Pentadbiran sekolah dinasihatkan supaya menghormati tata pakaian seragam pelajar yang sudah ditetapkan dan tidak sekali-kali membezakannya mengikut agama atau bangsa tertentu.
"Sepatutnya tidak ada apa-apa, tidak ada salahnya jika pelajar perempuan berbangsa selain Melayu memakai baju kurung terutama ke sekolah.
"Memang keterlaluan jika benar laporan ada pentadbiran sekolah yang menghalang pelajar bukan Melayu memakai baju itu ke sekolah," 
Dalam pada itu kata Dr. Nik Safiah, pemakai baju kurung juga dilihat melambangkan jiwa negara dan sekali gus membawa semangat cintakan bangsa.

"Cuma pantangnya jangan buat perangai yang tidak elok jika memakai baju kurung. Ia akan membawa sekali nama bangsa Melayu di atas setiap tingkah laku pemakainya.

"Tidak ada pihak harus berasa malu dengan memakai baju kurung, sekolah atau mana-mana institusi seharusnya tidak menyempitkan fikiran dengan persepsi baju kurung hanya untuk dipakai oleh orang Melayu," jelasnya.

Baju kurung ialah pakaian tradisional untuk wanita Melayu dan menjadi pakaian rasmi untuk Malaysia dan Brunei selain boleh didapati di Indonesia, Singapura dan Thailand.

Ini pula komen dari Ustaz Dr. Zaharuddin Abd Rahman di Laman FB beliau

Saya bersetuju dengan artikel di bawah, saya TIDAK NAMPAK keperluan dan logik yang kuat akan mengapa pihak sekolah melarang pelajar bukan melayu tersebut berbaju kurung berbanding pinnafore skirt yang lebih menjolok mata di sekolah.

Sekiranya tiada elemen 'penghinaan' atau terlalu jarang sehingga menampak pakaian dalam (iaitu apabila dipakai tanpa tudung & tanpa singlet) maka wajar pihak sekolah BERLAPANG DADA dan memberi keizinan.

Namun jika ada elemen hina atau tiada singlet di dalam, ibubapa pelajar patut pula BERLAPANG DADA kerana memang benar pakaian akan tidak patuhi etika beradab kerana mempertontonkan baju dalam.

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now