Caliph Buskers Ganti Aweera Mojo Di AJL29 Kini Trending

Caliph Buskers Azmi Saat

Caliph Buskers Ganti Aweera Mojo Di AJL29 Kini Trending. Azmi Saat dari Caliph Buskers yang merupakan insan istimewa cacat penglihatan bakal ganti tempat Aweera untuk Mojo di AJL29 malam ini!

Teka-teki siapa yang bakal menggantikan Aweera dan juga penyanyi dari Indonesia untuk membawakan lagu Romancinta daripada Mojo di dalam malam kemuncak Anugerah Juara Lagu 29 (AJL29) sudah pun terjawab. 

Video persembahan Caliph Buskers yang menakjubkan di AJL29 di Caliph Buskers

Penyanyi tersebut adalah Azmi Saat iaitu vokalis daripada kumpulan Caliph Buskers iaitu sekumpulan pemuzik jalanan busker yang dianggotai oleh insan-insan istimewa cacat penglihatan. FB mereka boleh dilayari di SINI

Tindakan ketua kumpulan Mojo iaitu Edry ABdul Halim memilih Azmi Saat untuk menggantikan tempat Aweera dan juga penyanyi dari Indonesia itu memang satu keputusan yang tidak diduga. 

Namun, pada masa yang sama, pemilihan Azmi Saat itu adalah satu tindakan yang cukup berani dan menarik. Malah, ia mampu mencipta sejarah tersendiri di dalam penganjuran AJL selama ini. 
Menariknya, Edry tidak membiarkan Azmi Saat berseorangan bersama Mojo di atas pentas, namun Edry turut memberi peluang kepada anggota Caliph Buskers yang lain untuk turut sama beraksi di atas pentas - Murai.com.my

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now