Dr Halim Shafie Dilantik Pengerusi Baru SKMM

Dr Halim Shafie
Dr Halim Shafie Dilantik Pengerusi Baru SKMMBekas pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Seri Dr Halim Shafie dilantik semula sebagai pengerusi baharu SKMM untuk penggal selama dua tahun, demikian diumumkan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek hari ini, 11 Jan 2015..
Dr Halim, 65, kini merupakan pengerusi Telekom Malaysia, jawatan bukan eksekutif yang dipegangnya hampir enam tahun selepas khidmatnya dengan SKMM sebelum ini tamat. Beliau merupakan pengerusi SKMM dari April 2006 hingga Mei 2009.
Sebelum menyertai SKMM, Dr Halim ialah Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi selama enam tahun.
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


1 comment... add one now

Farah Waheda Wahid Farah Waheda Wahid 12 Januari, 2015
Tahniah diucapkan kepada beliau...