Epal Gala Dan Granny Smith Dari USA Dilarang Dibawa Masuk Ke Malaysia

Epal Gala Dan Granny Smith Dari USA
Epal jenis Gala dan Granny Smith dari Amerika Syarikat telah disekat dari dibawa masuk ke Malaysia oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani kerana dipercayai tercemar oleh bakteria Listeriosis. 

Sekatan ini dilakukan oleh Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) selepas notis berkaitan pencemaran itu diterima kementerian dua hari lalu.

"Kita menerima notis daripada Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) Amerika yang memaklumkan tentang insiden pencemaran itu dan difahamkan ia telah menyebabkan tiga kematian dan ramai yang sakit di Amerika dan Kanada," 

Kementerian walau bagaimanapun tidak mempunyai bidang kuasa untuk menarik semula epal jenis itu yang telah berada di Malaysia, kerana ia melibatkan soal pemakanan di bawah Kementerian Kesihatan.

Isu berkaitan larangan pengambilan epal terbabit telah tersebar di laman sosial sejak beberapa hari lalu. Malah sebuah portal media turut melaporkan bahawa penularan bakteria itu dikesan di sebuah pusat pemprosesan epal Bidart Bros dekat Bakersfield, California melibatkan epal yang disaluti karamel - Bernama

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now