Gambar Datuk M. Saravanan Dengan Pistol Di Pinggang Jadi Viral

Datuk M. Saravanan

Gambar Datuk M. Saravanan Dengan Pistol Di Pinggang Jadi Viral. Gambar Naib Presiden MIC, Datuk M. Saravanan dengan pistol diselitkan di pinggangnya menjadi viral di media sosial pada Jumaat.

Malah ahli politik itu mengesahkan beliau sememangnya membawa senjata api itu ketika gambar tersebut dirakamkan.

"Saya pemilik pistol berlesen dan saya sentiasa membawanya bersama saya," katanya kepada The Star pada Jumaat.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan itu berkata setiap Ahli Parlimen berhak untuk membawa pistol dan beliau sendiri memilikinya sejak 2003 iaitu apabila dilantik sebagai senator.

Gambar yang disebarkan itu dipercayai dirakamkan pada Rabu iaitu sebelum sidang akhbar yang dijadualkan di ibu pejabat MIC di Kuala Lumpur.

"Malangnya butang kot terbuka dan memberi peluang kepada jurugambar merakamkannya.

"Bagaimanapun hanya sebahagian daripada pemegang pistol itu dapat dilihat. Saya tidak mengacukan pistol itu kepada sesiapa pun dan tidak pula ada sebarang kejadian tidak diingini berlaku," katanya.

Saravanan berkata, mereka yang menyebarkan gambar itu hanya mencari 'publisiti' - mStar online

5 Kaedah Mudah Ajar Anak Anda Membaca Seawal Usia 3 Tahun  SINI

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now