Gambar Kereta Baru Zizan Razak Terkini

Gambar Kereta Baru Mewah Zizan Razak Terkini. Sebelum ini, kecoh apabila pelawak Zizan Razak mengakui hubungan cintanya dengan pelakon cantik, Emma Maembong putus kerana dia berdegil mahu membeli sebuah kereta mewah berkuasa tinggi yang dia sendiri tidak menyatakan kereta jenis apa. Difahamkan Emma tidak bersetuju dengan keputusan Zizan yang hendak membeli kereta itu kerana disifatkan sebagai membazir. Namun difahamkan hubungan mereka kini kembali pulih semula.
Gambar Kereta Baru Zizan Razak Terkini

Ketika dia memberitahu mengenai kereta mewah itu, ramai tertanya-tanya juga, kereta jenis apa? Dengan tidak semena-mena pelawak Tauke Jambu memuat naik foto di laman sosial Instagram miliknya sebuah kereta Ferrari berwarna kuning yang difahamkan milik Zizan.

Berikut merupakan foto dan kapsyen Tauke:
ferrari zizan

Bagaimanapun, posting itu telah dibuang oleh Tauke dan sudah pun tiada di akaun Instagram milikya.

Persoalannya sekarang, adakah Ferrari kuning itu lah menjadi punca mengapa hubungan mereka retak pada awalnya?

Namun tidak sampai beberapa jam, lewat malam semalam Zizan menerusi Instagram milknya memberitahu hubungannya dengan Emma sudah kembali pulih pula? - Murai.com

0 comment... add one now