Gambar Pandangan Udara Banjir Di Bandar Kuching Sarawak 19 Jan 2015

Gambar Banjir Di Bandar Kuching

Gambar Pandangan Udara Banjir Di Bandar Kuching Sarawak 19 Jan 2015. Keadaan banjir di Sarawak bertambah buruk pada petang ini apabila jumlah mangsa banjir di negeri itu terus meningkat kepada 3,892 orang berbanding 3,458 orang tengah hari tadi.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) Sarawak berkata mangsa yang berada di pusat pemindahan di daerah bahagian Kuching kini berjumlah 2,119 orang, Samarahan (717), Mukah (519) dan Limbang (537) setakat jam 6 petang.

Katanya jumlah sekolah yang ditutup akibat banjir di Sarawak sehingga kini kekal 33 sekolah namun keadaan cuaca petang ini nampak bertambah baik dan menjanjikan suasana yang diramal lebih positif selepas ini.

Terkini  Sehingga jam 8 malam tadi, 6,374 mangsa banjir dipindahkan ke 30 pusat pemindahan di sembilan bahagian di seluruh Sarawak.
Perkara itu disahkan oleh Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman sebentar tadi.
Berikut dikongsikan gambar tinjauan udara Bandar Kuching oleh Bomba yang dipetik dari FB Informasi Bencana
Gambar Banjir Di Bandar Kuching

Gambar Banjir Di Bandar Kuching

Gambar Banjir Di Bandar Kuching

Gambar Banjir Di Bandar Kuching

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now