Gambar Sultan Kelantan Melawat Nik Aziz Sakit Di HUSM

Gambar Sultan Kelantan Melawat Nik Aziz Sakit Di HUSM. Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V berangkat melawat Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang sakit di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), di Kota Bharu malam tadi, 20 Januari 2015.
Gambar Sultan Kelantan Melawat Nik Aziz Sakit Di HUSM


Gambar Sultan Kelantan Melawat Nik Aziz Sakit Di HUSM

Baginda yang berjubah hitam ditemani Ahli Perlimen Pasir Mas, Nik Abduh yang juga anak Nik Aziz. Bekas Menteri Besar Kelantan ini kini dirawat di Wad 2 Delima, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.


Saya baru berkunjung ke HUSM menziarahi YB Tok guru, mengikut doktor yang merawatnya keadaan beliau stabil ketika ini, teruskan utus doa diberi kesembuhan kepada beliau. Perkembangan kesihatan Tok Guru akan dimaklumkan dari semasa ke semasa oleh pihak hospital dan keluarganya. Turut bersama saya sekejap tadi, Tuan Guru Presiden dan Setiausaha Agung PAS.

Sebelum ini anaknya yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata dalam satu kenyataan ringkas yang turut di kongsikan di laman Facebooknya, semalam menyatakan yang bapanya telah dimasukkan ke ICU susulan tahap kesihatan bapanya itu yang dilaporkan sedikit menurun sejak Kelantan dilanda banjir baru-baru ini.
Gambar - BH online

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now