Gambar UAE Dan Tanah Arab Kini Dilanda Salji

Gambar UAE Dan Tanah Arab Kini Dilanda Salji Januari 2015. Jika di Malaysia, keadaan suhu di beberapa kawasan di Pantai Timur yang lebih rendah dan dingin berbanding biasa mula menjadi bualan ramai, lain pula bagi penduduk di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) kerana mereka sudah mula keluar bermain ‘salji’ semalam.


Tanah Arab Kini Dilanda Salji

Portal Emirates247.com melaporkan sebahagian besar penduduk di Tanah Arab mula membiasakan diri dengan suasana dingin akibat dilanda ribut hujan batu di banyak tempat. Selain itu, hujan juga dijangkakan terus turun di beberapa kawasan di negara berkenaan.

Ribut hujan batu telah melanda zon Asia Barat berkenaan hingga menyelimuti lanskap negara yang terkenal dengan padang pasir itu dengan pemandangan putih yang luar biasa.

Pengguna media sosial di negara berkenaan juga memenuhkan susur masa dengan pelbagai gambar dan menganggap ketulan-ketulan ais tersebut sebagai ‘salji’.

Pusat Meteorologi dan Seismologi Kebangsaan (UAE) juga telah mengesahkan ia sebagai ketulan-ketulan daripada hujan batu.

Arus sejuk dan hujan dalam fenomena itu adalah disebabkan tekanan rendah dan pergerakan awan dari Arab Saudi ke UAE, kata pusat berkenaan.




Malam semalam menyaksikan petir dan kilat sabung-menyabung di beberapa tempat di UAE termasuk hujan sederhana dan lebat di bahagian Timur negara berkenaan. Cuaca mendung dan tupan angin kuat yang menjejaskan jarak penglihatan juga dijangka kerap berlaku dalam masa beberapa hari ini.

Berikut adalah beberapa kemas kini daripada pengguna Twitter yang menunjukkan gambar keadaan cuaca pelik di Tanah Arab: kredit Astro Awani


Tanah Arab Kini Dilanda Salji

Tanah Arab Kini Dilanda Salji

Gambar UAE Dan Tanah Arab Kini Dilanda Salji

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


2 comments.. read them below or add one

Farah Waheda Wahid Farah Waheda Wahid 21 Januari, 2015
Allhuakbar tiba-tiba rasa macam terfikirkan serta teringatkan sesuatu...
Tanpa Nama Tanpa Nama 21 Januari, 2015
Subhanallah