HalalTrip Applikasi iOS Dan Android Kongsi Lokasi Restoran Halal Dunia

HalalTrip Applikasi iOS Dan Android

HalalTrip Applikasi iOS Dan Android Kongsi Lokasi Restoran Halal Dunia. Sebuah syarikat tempatan Singapura pada hari Rabu telah melancarkan perkhidmatan aplikasi telefon bimbit yang membolehkan pengguna Muslim berkongsi lokasi restoran halal di seluruh dunia.

Aplikasi HalalTrip yang disediakan secara percuma untuk peranti Apple iOS dan Android itu memberi ruang kepada pengguna memuat naik gambar hidangan halal, menulis komen dan mengkongsikannya melalui media sosial.

Sesiapa yang mengklik gambar itu pula boleh mengetahui butiran hidangan berkenaan serta lokasi ia disediakan.

Aplikasi menggunakan bahasa Inggeris dan Arab itu juga menggunakan maklumat lokasi penggunanya bagi memaparkan gambar hidangan halal sesebuah restoran.

Ketua Eksekutif HalalTrip, Fazal Bahardeen berkata, makanan halal memainkan peranan penting kepada aktiviti pelancongan di kalangan Muslim.

“Apabila melancong, antara faktor penting difikir umat Islam ialah bagaimana mendapatkan makanan halal.

“Apa yang kami lakukan ialah membawa elemen media sosial bagi mendedahkan maklumat mengenai makanan halal dan menjadikan ia lebih menyeronokkan,” katanya. - AFP

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now