Harga Terkini Minyak RON95 RON97 Diesel Bermula 1 Februari 2015

Harga Terkini Minyak RON95 RON97 Diesel Bermula 1 Februari 2015 - Harga Rasmi. Harga RON 95 dan diesel dijangka akan turun lagi seiring dengan penurunan harga minyak mentah dunia di pasaran sekarang.

Pada 21 November 2014 yang lalu, kerajaan telah memutuskan bahawa subsidi bahan api untuk RON95 dan diesel akan dikeluarkan pada 1 Disember 2014 berikutan pelaksanaan sistem apungan terurus.

Di bawah sistem ini, purata bulanan harga minyak mentah dunia yang akan menentukan harga runcit bahan api pada bulan berikutnya.



Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan mengeluarkan kenyataan pada hari terakhir bulan Januari 2015 untuk harga terkini minyak di Malaysia untuk bulan Februari 2015.

* Harga runcit rasmi minyak Malaysia Untuk Bulan Februari 2015 (Harga bulan Jan 2015 dalam kurungan)

RON95 - RM1.70 sen seliter turun 21 sen (RM1.91 sen seliter)
RON97 - RM2.00 sen seliter turun 11 sen (RM2.11 sen seliter)
Diesel - 
RM1.70 sen seliter turun 23 sen (RM1.93 sen seliter)

Untuk makluman berikut adalah harga minyak pada bulan Januari 2015
Harga Terkini Minyak feb 2015

5 Kaedah Mudah Ajar Anak Anda Membaca Seawal Usia 3 Tahun  SINI


KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now