Jadual Karnival Pendidikan MARA 2017

Jadual Tarikh Dan Lokasi Karnival Pendidikan MARA 2017. Anda seorang pelajar atau pencari kerja yang ingin mengetahui maklumat lanjut berkenaan pendidikan dan kerjaya anda pada masa depan? Jom ramai-ramai kunjungi Karnival Pendidikan MARA 2017 anjuran Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang akan berlangsung pada bulan Februari hingga April 2017 di 14 lokasi di Malaysia. Selain itu, pelajar termasuk pemohon UPU online juga boleh mengunjungi Karnival Pendidikan Tinggi 2017 Jom Masuk U yang akan diadakan pada awal tahun 2017. Berikut adalah jadual (tarikh dan lokasi) Karnival Pendidikan MARA 2017 di seluruh Malaysia.

tarikh dan lokasi Karnival Pendidikan MARA 2017

Jadual Karnival Pendidikan MARA 2017

Berikut adalah maklumat lengkap mengenai jadual (tarikh & lokasi) Karnival Pendidikan MARA 2017 di seluruh Malaysia. Pelajar atau sesiapa sahaja yang ingin melanjutkan pelajaran, mendapatkan tajaan atau mencari pelbagai peluang pendidikan boleh mengunjungi karnival ini.


BILNEGERIHARI/ TARIKHTEMPAT & LOKASI
1Perlis25 - 26 Februari 2017 (Sabtu & Ahad)Dewan Wawasan 2020, Kangar, Perlis
2Kuala Lumpur7 - 8 Mac 2017 (Selasa & Rabu)Lobi Busana MARA & Dewan Utama, Aras 6, Hotel Premiera, Kuala Lumpur
3Kelantan4 - 5 Mac 2017 (Sabtu dan Ahad) 8 - 9 Mac 2017 (Rabu & Khamis)Stadium Sultan Muhammad Ke IV, Kota Bharu
4Pahang11 - 12 Mac 2017 (Sabtu & Ahad)Megamall, Kuantan, Pahang
5Melaka11 - 12 Mac 2017 (Sabtu & Ahad)KIP Mart, Bachang, Melaka
6Pulau Pinang18 - 19 Mac 2017 (Sabtu & Ahad)Sunway Carnival Convention Centre, Seberang Jaya, Penang
7Johor18 - 19 Mac 2017 (Sabtu & Ahad)Plaza Angsana, Johor Bahru
8Sabah25 - 26 Mac 2017 (Sabtu & Ahad)Suria Sabahm Kota Kinabalu
9Perak25 - 26 Mac 2017 (Sabtu & Ahad)Aman Jaya Convention Centre, Meru, Ipoh
10Sarawak30 - 31 Mac 2017 (Khamis & Jumaat)The Hills Shopping Mall, Kuching
11Selangor1 - 2 April 2017 (Sabtu & Ahad)Anggerik Mall, Shah Alam
12Kedah1 - 2 April 2017 (Sabtu & Ahad)Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Alor Setar
13Terengganu8 - 9 April 2017 (Sabtu & Ahad)Terengganu Trade Center (TTC), Kuala Terengganu
14Negeri Sembilan8 - 9 April 2017 (Sabtu & Ahad)Mydin Mall, Seremban 2


Nota Penting :

Pindaan tarikh Karnival Pendidikan MARA 2017 di lokasi :-
  • 1) Stadium Sultan Muhammad, Ke IV Kota Bharu, Kelantan pada 4 - 5 Mac 2017 (Sabtu & Ahad) dan 
  • 2) Lobi Busana MARA & Dewan Utama, Aras 6, Hotel Premiera, Kuala Lumpur pada 7 - 8 Mac 2017 (Selasa & Rabu)     
tarikh lokasi karnival pendidikan mara tahun 2017

* Anda boleh memuat turun Jadual lengkap di Jadual Karnival Pendidkan MARA 2017

Maklumat Penting Karnival Pendidikan MARA

Matlamat dan objektif utama penganjuran Karnival Pendidikan MARA adalah untuk memberi pendedahan dan maklumat mengenai peluang-peluang pendidikan dan latihan yang disediakan oleh institusi-institusi pengajian  tinggi  awam dan swasta di seluruh negara kepada pelajar-pelajar terutamanya   lepasan SPM/STPM, serta orang awam untuk membuat pilihan pengajian yang  sesuai dengan kelayakan dan minat masing-masing. 

Selain itu, KPM bagi tahun 2017 ini memberi fokus kepada kemasukan
bulan Julai  di  Institusi  Pendidikan  Tinggi  dan  memberi  kesedaran  kepada  ibu bapa  serta pelajar   tentang  kepentingan  merencana  kerjaya  masa  depan  lebih awal.

Cara Hubungi

Bahagian Komunikasi Korporat, 
Tingkat 24, Ibu Pejabat MARA, 
21, Jalan Raja Laut 50609 Kuala Lumpur
Tel : 03-26134859/60/54 atau Faks: 03-26927386
Teknikal : 03-26134851

Facebook Karnival Pendidikan MARA


Semoga Jadual (Tarikh dan Lokasi) Karnival Pendidikan MARA 2017 ini bermanfaat buat semua pelajar dan juga orang awam yang inginkan maklumat tentang kerjaya dan pendidikan.

0 comment... add one now