Jumlah Dividen Dan Bonus Tabung Haji 2016-2017

Kadar Dividen Dan Bonus Tabung Haji 2016-2017. Berapa kadar dividen dan bonus Tabung Haji (Hbah tahunan dan hibah haji) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2016? Pasti ramai pendeposit Tabung Haji ingin mengetahui tarikh pengumuman dan kadar Dividen dan Dividen Tabung Haji bila menjelang suku pertama setiap tahun. Tarikh pengumuman pengagihan dijangka dibuat oleh Lembaga Tabung Haji (TH) pada kelazimannya pada suku pertama (Januari - Mac ) tahun semasa. TH perlu memastikan semua proses auditan awalan dilalui dan kelulusan dalaman diperolehi. Sumber TH

  • Kadar dividen dan bonus Tabung Haji 2016 telah diumumkan pada tarikh 3 Februari 2017 (Hari Jumaat)

kadar dividen dan Bonus Tabung Haji 2016

Kadar Hibah Pendeposit Tabung Haji 2016

Pendeposit boleh merujuk kepada Laman Web Tabung Haji untuk mendapatkan panduan lengkap dan informasi terkini berkenaan kadar bonus, cara pengiraan bonus TH, soal jawab pendeposit dan perkara penting lain.  

  • Jumlah dividen dan bonus TH tahun 2016 : 4.25% Bonus tahunan dan 1.5% bonus haji
  • Bonus haji adalah merupakan bonus khas yang diberikan kepada para pendeposit Tabung Haji yang belum pernah menunaikan ibadah haji dan terhad kepada bayaran haji semasa 

hibah pendeposit tabung haji 2016
Telah mengambil kira bayaran zakat 2.5%

Sebagai perbandingan, Jumlah dividen dan bonus Tabung Haji untuk tahun 2015 yang telah diumumkan pada hari Khamis, 4 Februari 2016 adalah seperti berikut:
  • 2015 : 5 % bonus tahunan dan tambahan bonus haji 3 % = 8
  • Tambahan bonus haji adalah untuk pendeposit yang belum menunaikan ibadah Haji

Maksud Bonus Tahunan Dan Bonus Khas Haji

Apakah Bonus Tahunan Tabung Haji?

Bonus tahunan adalah merupakan bonus yang diisytiharkan oleh Tabung Haji mengikut prestasi kewangan tahun semasa, Ianya diberi bagi menghargai kesetiaan pendeposit yang sentiasa yakin dan aktif menyimpan di TH.

Bonus Haji?

Merupakan Bonus Khas yang diberikan kepada pendeposit yang belum menunaikan haji bagi meningkatkan tabungan mereka. Majoriti 8 juta pendeposit akan mendapat Bonus Haji ini.

Berikut pula adalah sejarah pembayaran dividen dan bonus TH dari tahun 2010 hingga 2015 :-

TAHUNDIVIDEN/ BONUS TAHUNANBONUS HAJIJUMLAH DIVIDEN + BONUS
20155 %3%8%
20146.25%2%8.25%
20136.00%2%8%
20126.50%1.50%8%
20116.00%Tiada bonus6.00%
20105.50%Tiada bonus5.50%

Cara Pengiraan Bonus Tabung Haji

cara pengiraan hibah tabung haji


Semoga kadar dividen dan bonus TH yang akan diumumkan nanti mampu mengembirakan pendeposit Tabung Haji selepas kadar dividen & bonus ASB tahun 2016 berkurangan sedikit.

2 comments.. read them below or add one

seri nian seri nian 05 Mac, 2016
alhmdullilah, semoga negara Malaysia dlm lindungi Allah
Dila Dila 26 Ogos, 2017
Alhamdulillah, jom simpan duit untuk pergi haji