Kadar Bayaran Pencen Naik 2% Setiap Tahun Bermula 2015

Kadar Bayaran Pencen Naik

Kadar Bayaran Pencen Naik 2% Setiap Tahun Bermula 2015. Berita baik untuk pesara kerajaan yang juga penerima pencen apabila pihak Kerajaan telah menaikkan kadar pencen sebanyak 2 % setiap tahun seperti dipetik dari Portal Rasmi JPA. Tindakan ini dibuat bagi meringkan beban kepada pesara untuk mengatasi beban sara hidup yang kini meningkat setiap tahun.

Pihak Kerajaan sentiasa memberi perhatian tentang kebajikan rakyat. Sehubungan dengan itu, bagi memberi keringanan kepada para pesara dalam menghadapi kos sara hidup yang semakin meningkat, kadar pencen telah diberi kenaikan sebanyak 2% setiap tahun. Kadar kenaikan ini telah dilaksanakan dan pesara akan menerima kadar pencen dengan kenaikan sebanyak 2% berbanding kadar pencen diterima pada tahun 2014 bermula 21 Januari 2015.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi 03 8885 4906/ 4127/ 4467/ 4142

Jadual Dan Tarikh Bayaran Pencen 2015 Pesara Kerajaan boleh rujuk di SINI

Kadar Bayaran Pencen Naik
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now