Kedah Kecewa Dengan Keputusan FAM Dalam Kes Gary Robbat

Persatuan Bola Sepak Negeri Kedah (KFA) amat kecewa dengan keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) di dalam isu status pemain Harimau Muda, Gary Steven Robbat.

Kes penggantungan Gary RobbatMenteri Besar Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang juga Presiden KFA, persatuan negeri hanya mempertahankan peraturan yang dibuat oleh FAM iaitu pemain Harimau Muda perlu kembali ke negeri terlebih dahulu. 
"Kita amat kecewa dengan keputusan FAM kerana kita hanya mempertahankan peraturan yang dibuat sendiri oleh persatuan bolasepak negara yang menghendaki pemain Harimau Muda yang tamat kontrak supaya kembali ke negeri masing-masing," 
Mukhriz berkata keputusan FAM mengisytiharkan Gary yang berasal daripada Kulim sebagai ejen bebas selepas tempoh penggantungan tiga bulannya tamat seolah-olah menidakkan tugas KFA di dalam menggilap potensi pemain Harimau Muda itu.

FAM yang bermesyuarat semalam, Jumaat telah menggantung Gary selama tiga bulan berkuatkuasa Jumaat dan mengenakan denda sebanyak RM50,000, selain mengisyhtiharkan pemain itu sebagai milik Harimau Muda C di bawah FAM dan bukan Kedah.

"Keputusan FAM itu seolah-seolah menunjukkan kita tidak ada jasa langsung di dalam karier Gary," katanya sambil menambah, potensi Gary digilap di Kedah terlebih dahulu sebelum beliau diterima masuk ke sekolah sukan di luar negeri ini.

Beliau juga berkata, keputusan FAM mengenai isu Gary itu meninggalkan kesan yang mendalam terhadap negeri-negeri yang memiliki pemain dengan pasukan kebangsaan sama ada mereka perlu melepaskan mereka untuk tugas-tugas kebangsaan.

Apa yang perlu selepas ini katanya, pemain-pemain negeri yang dikehendaki berkhidmat dengan pasukan kebangsaan diikat dengan perjanjian yang ketat dengan FAM bagi memastikan pemain itu kembali ke negeri asal selepas tamat khidmat mereka dengan pasukan kebangsaan - mStar online

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now