Keputusan Liga Hoki Dunia 2015 Suku Akhir Malaysia Vs Mexico

Keputusan Liga Hoki Dunia 2015
Keputusan Liga Hoki Dunia Suku Akhir Malaysia Vs Mexico. Malaysia membelasah Mexico 10-1 pada perlawanan suku akhir Pusingan Kedua Liga Hoki Dunia 2015 di Stadium Hoki Sengkang di sini, hari ini.

Kejayaan ini mendekatkan sasaran pengurusan pasukan untuk muncul tiga pasukan teratas pada kejohanan ini dan layak ke separuh akhir Liga Hoki Dunia, Jun ini.

Tengku Ahmad Tajudin Abdul Jalil bertindak garang dengan menjaringkan empat gol pada minit ke-4, 30, 31 dan 48 manakala gol lain adalah sumbangan Faizal Saari (minit ke-14) Muhammad Razie Abdul Rahim (m-16), Muhammad Firhan Ashari (m-19), Izwan Firdaus Ahmad Tajuddin (m-40), Mohammad Izad Hakimi Jamaluddin (m-44) dan Muhammad Haziq Samsul (m-54).

Gol tunggal Mexico adalah sumbangan Andres Rangel pada minit ke-24.

Malaysia dijangka bertemu Jepun dalam separuh akhir, Sabtu ini.

Malaysia masih mengekalkan rekod tanpa kalah sejak kejohanan bermula pada 16 Januari menumpaskan Oman 8-0, menang 5-1 ke atas Ukraine dan membelasah Singapura 16-1.

Mengikut format kejohanan, tiga pasukan terbaik daripada pusingan ini akan melangkah ke peringkat separuh akhir Liga Hoki Dunia di Belgium atau Argentina pada Jun ini.

Enam pasukan terbaik daripada Liga Hoki Dunia akan layak ke Sukan Olimpik 2016 di Rio de Janeiro, Brazil bersama-sama dengan tuan rumah, Brazil dan lima juara benua. - BERNAMA

5 Kaedah Mudah Ajar Anak Anda Membaca Seawal Usia 3 Tahun  SINI

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now