Keputusan Perlawanan JDT Vs Bentleigh Greens Australia 8-1-2015

JDT Vs Bentleigh Greens Australia 8-1-2015

Berikut adalah keputusan penuh perlawanan di antara JDT dan Bentleigh Greens di Australia petang ini.

PERLAWANAN PERSAHABATAN ANTARABANGSA (INTERNATIONAL FRIENDLY)
Masa penuh / Full time
BENTLEIGH GREENS (1) - (1) JDT
8' Luke Pilkington
69' Amri Yahyah

Berikut komen dan ulasan Bojan Hodak, Ketua Jurulatih Johor Darul Ta'zim (JDT) yang dipetik dari FB Johor Southern Tigers selepas perlawanan.
Kami terikat dengan keputusan seri 1-1 pada perlawanan hari ini. Saya memberi peluang kepada pemain simpanan untuk bermain dan ini merupakan pendedahan yang bagus untuk mereka. Kami kelihatan lebih baik pada separuh masa kedua setelah menurunkan pemain utama kami termasuklah kesemua pemain import. Kami juga tampak lebih yakin dengan permainan dan persefahaman antara pemain semakin bertambah baik. Walau bagaimanapun, kita perlu meningkatkan cara kawalan dan pertahanan. Meskipun demikian, saya tidak fikir kita begitu teruk memandangkan pasukan kebangsaan Malaysia pernah tewas kepada pasukan yang sama dua tahun lalu.
Tujuan perlawanan pra-musim ini adalah untuk menggunakan kesemua 25 pemain dan memastikan bahawa mereka semua layak dan mampu bermain menentang pasukan yang memiliki kelebihan dari segi fizikal. Secara keseluruhannya semua berjalan dengan baik. Saya gembira dengan prestasi pemain.
Bojan Hodak, Ketua Jurulatih Johor Darul Ta'zim.

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now