Keputusan Pemenang Juara AJL30 Anugerah Juara Lagu 2016

Keputusan Pemenang Juara AJL30 Anugerah Juara Lagu 2016. Siapakah juara AJL30 tahun 2016 kali ini? Berikut adalah keputusan rasmi pemenang Anugerah Juara Lagu 30 (AJL30) tahun 2016 yang berlangsung pada 24 Januari 2016 (Ahad) di Stadium Melawati, Shah Alam. AJL30 dihoskan oleh AG dan Fara Fauzana dan disiarkan secara langsung di TV3 dengan tema "Celebrating 30 years AJL". Penaja Utama adalah Pamoga Qu Puteh.  

  • Live Streaming Anugerah Juara Lagu 30 pada 24 Januari 2016 klik AJL30. 

SENARAI FINALIS AJL30

Berikut adalah senarai finalis AJL 30 yang akan bertanding di pentas Anugerah Juara Lagu ke 30 pada tarikh 24 Januari 2016:-
  1.     Hazama : Sampai Mati
  2.     Akim & The Majistret : Potret
  3.     Noh Salleh : Angin Kencang
  4.     Stacy : Not For Sale
  5.     Drama Band : Biarkanlah
  6.     Faizal Tahir : Assalamualaikum
  7.     Elizabeth Tan : Knock Knock
  8.     Caliph Buskers : Hanya Namamu
  9.     Bunkface : Malam Ini Kita Punya
  10.     Kaka Azraff & Aliff : Bukan Hal Aku  
  11.     Black : Mana Mungkin
  12.     Dayang : Tak Pernah Menyerah
juara ajl 30 tahun 2016

JURI AJL 30

Berikut adalah senarai juri yang mengadili Anugerah Juara Lagu 30
  1. LY
  2. Dato Mokhzani Ismail
  3. Helen Yap
  4. Manan Ngah
  5. Shanon Paul
  6. Cat Farish
  7. Joe Flizzow
  8. AD Samad
  9. Edrie Hashim
  10. Azmeer

KEPUTUSAN RASMI PEMENANG JUARA AJL 30 

Berikut adalah keputusan penuh pemenang Anugerah Juara Lagu 30 yang berlangsung pada 24 Januari 2016 :-
  • Juara Lagu AJL30 : Trofi & wang tunai RM50,000 : Akim & The Majistret : Potret
  • Naib juara : Trofi & wang tunai RM35,000  : Faizal Tahir : Assalamualaikum
  • Tempat ketiga : Trofi & wang tunai RM20,000 : Caliph Buskers : Hanya Namamu (Edry Abdul Halim)
  • Kategori vokal terbaik - Trofi & wang tunai RM12,000  : Dayang Nurfaizah : Tak Pernah Menyerah
  • Persembahan terbaik - Trofi & wang tunai RM12,000 : Akim & The Majistret (Potret)
  • Anugerah Qu Puteh Diva : Siti Nurhaliza (Cindai)

Anugerah Qu Puteh Diva adalah anugerah yang baru diperkenalkan bagi meraikan juara-juara sepanjang 30 tahun penubuhan AJL. Pemenang Anugerah ini diundi menerusi laman web www.anugerahjuaralagu.com ini turut memberi peluang kepada penonton untuk mengundi persembahan Juara Lagu terbaik dari AJL 1986 hingga AJL 2014.

Tahniah kepada mereka yang berjaya dalam Anugerah Juara Lagu 30 tahun 2016 kali ini.


0 comment... add one now