Latar Belakang REAL MULIA FC Pasukan Di Liga FAM 2015

REAL MULIA FC
REAL MULIA FC Pasukan Di Liga FAM 2015Real Mulia FC atau sebelum ini dikenali sebagai Royal Mulia FC merupakan kelab milik YAM Tengku Fahd Muadzam Shah, anakanda bongsu Tuanku Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang akan bersaing dalam Liga FAM 2015.
RMFC sebuah pasukan yang baru ditubuhkan pada 2014 dan bernaung di bawah TF Football Academy, masih di dalam proses menapak mencari asas di dalam bolasepak Malaysia.

Kelab ini menjadikan kelab gergasi Sepanyol, Real Madrid sebagai ikon dan sumber inspirasi justeru itulah nama pasukan ditukar dan didaftar sebagai Real Mulia FC - Real dalam bahasa Sepanyol bermaksud Diraja.
Fanbase pasukan ini kita sasarkan peminat bolasepak seluruh negara tanpa memperincikan mana-mana negeri khusus sama ada dari negeri di timur, utara, selatan mahupun tengah kerana pasukan ini memberi peluang kepada pemain dari seluruh negara untuk menonjolkan bakat. RMFC bukan milik Pahang, Selangor, Johor, Kedah tetapi ia milik 1 Malaysia!
Gelanggang tuan rumah pasukan ini adalah di Stadium UKM Bangi manakala pusat latihan RMFC adalah di Padang A, UKM Bangi. Kelab ini mempunyai visi jangka panjang mahu menyerlah menjadi sebuah pasukan disegani dalam saingan Liga M suatu masa nanti.
Pengurusan pasukan juga komited mahu memperkenalkan pasukan ini bukan sahaja di pentas tempatan tetapi turut dikenali di peringkat antarabangsa.

Kami gembira dengan maklumbalas mengenai pasukan ini. Yang baik kita jadikan tonik pembakar semangat yang buruk juga kita terima untuk tambah baik apa yang perlu. Terima kasih atas sokongan, sambutan, cadangan serta pendapat yang diutarakan.
FB Liga FAM
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now