Live Update Misi Mencari Dan Menyelamat Pesawat AirAsia QZ8501

Live Update Misi Mencari Dan Menyelamat SAR Pesawat AirAsia QZ8501

Live Update Misi Mencari Dan Menyelamat Pesawat AirAsia QZ8501Misi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat AirAsia QZ8501 yang masuk hari kelima pada Khamis disifatkan sukar dan terjejas kerana keadaan cuaca dan laut yang kurang baik.

Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar melalui Twitternya memberitahu, jarak penglihatan terlalu terhad sehingga hanya pada lima batu nautika.


Sementara itu, Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KD Pahang hari ini menemui satu lagi mayat penumpang AirAsia Indonesia QZ8501 menjadikan jumlah keseluruhan yang sudah ditemui sebanyak tujuh.

Sebelum ini pada 30 Disember 2014, Pasukan Badan Mencari dan Menyelamat Nasional (BASARNAS) Indonesia menemui serpihan pesawat dan enam mayat dipercayai penumpang penerbangan QZ8501 di Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah.

Kementerian Perhubungan (Kemenhub) Indonesia mengesahkan bahawa serpihan pesawat berwarna putih dan merah yang ditemui di perairan Pangkalan Bun Kalimantan Tengah adalah daripada pesawat AirAsia QZ8501.

Live Update Misi Mencari Dan Menyelamat Pesawat AirAsia QZ8501 di LIVE Detiknews

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now