Maklumat Terkini Kehilangan Pesawat MAS MH370

Misteri kehilangan pesawat MAS MH370 masih belum terungkai sehingga kini. Jabatan Penerbangan Awam (DCA) akan mengadakan sidang media pada pukul 3.30 petang, KHAMIS 29 Januari 2015 untuk memberikan maklumat terkini mengenai kehilangan pesawat Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370. 

Pesawat MH370, yang membawa 227 penumpang serta 12 anak kapal, berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 pagi, 8 Mac 2014, hilang daripada radar sejam selepas itu. 

Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), yang mengetuai operasi mengesan pesawat berkenaan, bertegas menyatakan pesawat Boeing 777 itu dipercayai hilang di selatan Lautan Hindi. 

Ketua Koordinator, Judith Zielke berkata tugasan paling kritikal adalah untuk menentukan kawasan carian dan usaha berkenaan dijalankan  oleh kumpulan pakar daripada beberapa negara. 

Sehingga kini pencarian di bawah permukaan air telah merangkumi kawasan seluas 6,900 kaki persegi, yang menjangkaui keluasan Negeri Sembilan - mStar online

Update terkini sidang media akan dikemaskini dari masa kesemasa.

Pengumuman Khas MH370 Oleh Ketua Pengarah DCA Khamis 29 Januari 2015




5 Kaedah Mudah Ajar Anak Anda Membaca Seawal Usia 3 Tahun  SINI


KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


1 comment... add one now

Sentiasa Panas Sentiasa Panas 29 Januari, 2015
Kepintaran pihak misteri menghilangkan MH370 cukup hebat..