Mohon Doa Buat Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Mohon Doa Buat Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Berikut kami kongsikan status dari Laman FB UAI, Ya Allah ...Minta doa dari seluruh rakyat moga Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat cepat sembuh dan terus diberikan kekuatan oleh Allah SWT...Tok Guru sangat uzur sekarang...teruskan berdoa buat Murabbi Ummah ini.

Terkini : Gambar Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang didakwa terbaring kerana uzur dan kini tersebar secara meluas di laman sosial adalah gambar lama.
Perkara itu disahkan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah ketika dihubungi hari ini.
"Saya tidak pasti itu gambar bila, tapi saya tahu itu gambar lama. Dia sakit (tua) tetapi tidaklah sentiasa terbaring seperti di dalam gambar tersebut," katanya.
Beliau mengulas penyebaran gambar Nik Abdul Aziz, 83, yang dilihat sedang terbaring sambil dikelilingi dan ditemani anggota keluarga di dalam bilik.

Dan ini status dari anak beliau di FB tentang keadaan ayahanda beliau

Mohon perhatian semua....
Status Kesihatan Ayahanda:


Ayahanda dalam keadaan uzur biasa. Dalam sebulan akhir ini, ayahanda telah tidak turun solat di masjid kerana keletihan. Di rumah dengan aktiviti biasa, berjalan, membaca dan rehat. Cuma selepas banjir baru-baru ini, kesihatannya menurun sedikit. Apa pun baik insya Allah.

Pihak keluarga memohon maaf kerana atas kehendak ayahanda, beliau memilih tidak diziarahi untuk tempoh ini. Mahu rehat secukupnya. 

Mari bersama memohon doa semoga Allah mengurniakan kesihatan yang baik buat ayahanda dan seluruh umat Islam yang dalam keuzuran kesihatan mereka dan semoga kita semua beroleh hidayat dan istiqamah dalam perjuangan menegakkan Islam. 

Terima Kasih.

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
Anakanda.
28 Rabiul Awwal 1436/19/1/2015


KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now