Peraturan Kereta Baru Sahaja Boleh Masuk Bandaraya Jakarta

Kereta Baru Sahaja Boleh Masuk Bandaraya Jakarta
Peraturan Kereta Baru Sahaja Boleh Masuk Bandaraya Jakarta. Pihak berkuasa bandar raya ini merancang mengehadkan akses jalan raya di sekitar Jakarta untuk kenderaan baru saja dan dengan mengenakan cukai tinggi terhadap kenderaan lama yang ingin memasukinya.

Gabenor Basuki Tjahaja Purnama berkata, dasar yang mungkin dilaksanakan bagaimanapun tidak seberat yang dilakukan di Singapura atau China.

Pemilik kereta di Singapura perlu membeli sijil hak milik yang sah untuk 10 tahun saja walaupun kenderaan peribadi boleh dikendalikan secara selamat sehingga 17 tahun. Kereta yang melebihi 10 tahun akan dimusnahkan.

Basuki atau yang lebih dikenali sebagai Ahok bagaimanapun berkata, dasar lebih ringan mungkin diperlukan di Jakarta bagi mengurangkan pencemaran udara dan kemalangan.
Peraturan itu akan memaksa sebahagian pemilik kereta dan motosikal meninggalkan kenderaan masing-masing drumah dan beralih kepada pengangkutan awam.

“Ekonomi kami tidak semaju Singapura. Kerana itu kami akan membenarkan penduduk memiliki kereta lama. Tetapi, kami mahukan had usia kenderaan ditetapkan. Kami masih mengkaji peraturan itu secara terperinci,” katanya, semalam.

Satu lagi pilihan ialah mengharamkan sama sekali kereta lama memasuki Jakarta, khususnya jalan raya yang dirancang melaksanakan skim jalan raya berbayar elektronik yang mungkin dilaksanakan tahun depan. - Agensi

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now