Perkembangan Terkini Kesihatan Nik Aziz 21 Jan 2015

Perkembangan Terkini Kesihatan Nik Aziz

Perkembangan Terkini Kesihatan Nik Aziz 21 Jan 2015Berikut petikan status daripada FB Nik Mohamad Abduh, anak Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat mengenai kesihatan terkini ayahanda beliau. Perkembangan terkini kesihatan Nik Aziz akan diupdate dari masa kesemasa di FB Nik Mohamad Abduh.
Perkembangan Kesihatan Ayahanda
Petang dan malam ini, ayahanda berkeadaan baik. Para doktor berusaha memastikan ayahanda minum lebih banyak untuk menambah tenaga dan garam dalam tubuh yang agak menurun.
Beliau acap kali sedar, mampu bertanya khabar. Setiap kali sedar beliau akan bertanya mengenai waktu solat dan minta diperdengarkan bacaan al Quran oleh ahli keluarga. Beliau beberapa kali menegur bacaan yang silap.

Ada antara tetamu yang hadir berpeluang berkomunikasi dengan ayahanda. Semasa saya bercakap dengannya, saya sampaikan salam daripada beberapa pemimpin parti dan negara yang menghubungi saya. Saya juga nyatakan bahawa seluruh rakyat Malaysia sedang mendoakan untuk ayahanda.
Ayahanda dalam wajah ceria menjawab , "Alhamdulillah, moga kembali sihat."
Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
Anakanda
21 Januari 2015 / 1 Rabiul Akhir 1436H
1135pm
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now