Permohonan Diploma/ Diploma Lanjutan Politeknik Jun 2016 Online

Permohonan Diploma/ Diploma Lanjutan Politeknik Sesi Jun 2016 OnlineBerita baik buat pelajar calon lepasan selain SPM iaitu lepasan Diploma dan Sijil Politeknik, Sijil Kolej Komuniti, Sijil Kejuruteraan Pertanian, Sijil Pertanian, Sijil Kemahiran Malaysia dan Sijil Institut Kemahiran MARA. Portal Rasmi Bahagian Pengambilan Pelajar KPM Politeknik mempelawa calon-calon yang layak untuk memohon secara online bagi mengikuti Program Diploma/ Diploma Lanjutan Politeknik Sesi Jun 2016. Calon lepasan SPM untuk kemasukan ke Politeknik perlu memohon di UPU 2016 online.
Permohonan Diploma/ Diploma Lanjutan Politeknik sesi Jun 2016 boleh dibuat dengan membeli Nombor Unik ID Kategori Lepasan SPM/Setaraf berharga RM 15.64 (no. Unik ID bermula dengan nombor 16XXXX) di semua cawangan Bank Simpanan Nasional di seluruh negara.

Permohonan Politeknik Sesi Jun 2016 : Diploma/ Diploma Lanjutan 

Berikut dikongsikan maklumat penting mengenai permohon Diploma/ Diploma Lanjutan Politeknik sesi Jun 2016.
  • Permohonan boleh dibuat melalui Aplikasi Dalam Talian (e-Borang) 
  • Tarikh Buka : 21 Februari 2016 
  • Tarikh Tutup : 5 April 2016
  • Login Borang menggunakan No Kad Pengenalan baru dan No Pin Unik ID
  • Panduan Permohonan sila klik Panduan PDF
Permohonan Politeknik Jun 2016 Online
Permohonan hanya dibuka kepada lepasan berikut :-
  1. Lepasan Diploma dan Sijil Politeknik
  2. Sijil Kolej Komuniti
  3. Sijil Kejuruteraan Pertanian
  4. Sijil Pertanian
  5. Sijil Kemahiran Malaysia 
  6. Sijil Institut Kemahiran MARA.

Senarai Program Dan Syarat Kemasukan

Pemohon dinasihatkan untuk merujuk kepada senarai program bergantung kepada jenis lepasan serta syarat kemasukan sebelum memohon.

Sila klik link berkaitan mengikut lepasan untuk melihat senarai program yang ditawarkan serta syarat kemasukan.
  1. Lepasan Sijil Politeknik
  2. Sijil Kolej Komuniti
  3. Sijil Pertanian
  4. Sijil Kemahiran Malaysia 
  5. Sijil Institut Kemahiran MARA
  6. Lain-lain lepasan, sila rujuk Portal Rasmi di Bahagian Kanan bertajuk Senarai Program & Syarat Kemasukan

Cara Hubungi

Untuk maklumat lanjut tentang permohonan serta sebarang pertanyaan, sila hubungi :-
Bahagian Pengambilan Pelajar,
Jabatan Pendidikan Politeknik,
Aras 4, Galeria PjH,
Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya.
Telefon: 03-8891 9240/ 9255/ 9256/ 9257/ 9258/ 9259/ 9263/ 9340
Faks : 03-8891 9323  


Kepada calon yang layak, selamat membuat Permohonan Diploma/ Diploma Lanjutan Politeknik Jun 2016 Online dan semoga anda berjaya.

0 comment... add one now