Permohonan Kemasukan UiTM 2016/ 2017 Online Sesi Akademik 1

Permohonan Kemasukan UiTM 2016/ 2017 Online Sesi Akademik 1Permohonan kemasukan pelajar ke UiTM Sesi Akademik 1 2016/2017 akan dibuka bermula dari 18 Januari 2016 sehingga 31 Mac 2016. Untuk pengambilan kali ini, hampir semua kursus untuk lepasan Diploma dari UiTM akan ditawarkan. Bagi pelajar yang berminat untuk kemasukan ke UiTM kali ini, sila membuat permohonan seperti ketetapan berikut :-
  • Senarai kursus yang ditawarkan dan Calon semester akhir diploma UiTM perlu memohon di online.uitm.edu.my. Maklumat terkini dan iklan kemasukan telah diumumkan di Facebook Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM 
  • PERMOHONAN KEMASUKAN PELAJAR KE UiTM BAGI SESI AKADEMIK 1 2016/2017 BAGI :
    • 2) LEPASAN SPM/ SETARAF, STPM/ SETARAF & DIPLOMA/ SETARAF DIBUKA MULAI 18 JANUARI HINGGA 5 APRIL 2016. Sila mohon di UPU di PERMOHONAN UPU KE IPTA SESI 2016/ 2017 SILA KLIK Permohonan UPU 2016
     
Untuk makluman, permohonan kemasukan UiTM adalah dibuka kepada calon-calon BUMIPUTERA WARGANEGARA MALAYSIA yang berkelayakan untuk mengikuti program di Universiti Teknologi MARA (UiTM).


** Tarikh rasmi permohonan ke UiTM 2016 dibuka adalah pada 18 Januari 2016 (Isnin)


Permohonan UiTM 2016/ 2017 Online


Syarat Permohonan Kemasukan UiTM 2016/ 2017 Sesi Akademik 1

  • 1. Pemohon dikehendaki membuat permohonan melalui http://online.uitm.edu.my bermula dari 18 Januari 2016 (Isnin).
  • 2. Pemohon dinasihat menyemak syarat kelayakan program yang ingin dimohon di http://pengambilan.uitm.edu.my/e-syarat/2015
  • 3. Pemohon dikehendaki membeli no. slip melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 18 Januari 2016  hingga 31 Mac 2016 dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon (bukan wakil) melalui cawangan BSN/Mesin ATM/MyBSN/SMS Banking. (no. Slip yang dibeli sebelum 18 Januari 2016 adalah TIDAK SAH untuk permohonan ini).
  • 4. Sila nyatakan Peringkat Program (PENERAPAN/PROFESIONAL/ PLK) seperti jadual di bawah semasa pembelian no. Slip di BSN.
  • 5. Sila pastikan peringkat program yang betul pada slip yang dibeli sebelum meninggalkan kaunter. Sebarang kesilapan pembelian no. slip, TIADA pemulangan bayaran.

Syarat Am Permohonan Ke UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM):

  • 1. Berumur sekurang-kurangnya 16 tahun pada tarikh tutup permohonan
  • 2. Bumiputera Warganegara Malaysia
  • 3. Memenuhi syarat kelayakan minima bagi setiap program dipohon
  • 4. Tidak pernah disabitkan atas sebarang kesalahan jenayah atau bukan dalam proses menunggu prosiding jenayah terhadapnya
  • 5. Pelajar-pelajar yang sedang belajar di mana-mana IPT TIDAK DIBENARKAN memohon kecuali pelajar UiTM.
  • 6. Calon yang pernah belajar di UiTM dan TELAH DIBERHENTIKAN ATAU GUGUR TARAF TIDAK DIBENARKAN MEMOHON keperingkat pengajian yang sama kecuali pada peringkat yang lebih tinggi.

Untuk maklumat lanjut sila layari : http://pengambilan.uitm.edu.my atau hubungi

Bahagian Pengambilan Pelajar
Aras Bawah Bangunan UIC
Universiti Teknologi MARA
40450 Shah Alam
Selangor
No Telefon: (+603) 5544 3164 / 3166 / 3174
Faks: (+603) 5544 3170
Web: http://pengambilan.uitm.edu.my/



1 comment... add one now

Tanpa Nama Tanpa Nama 18 April, 2016
Hi. Permohonan rayuan uitm yang dibuka bulan 5 nanti open utk lepasan spm x? Pls reply.