PLKN Ditangguh Tahun 2015 Ini

PLKN Ditangguh Tahun 2015 Ini

PLKN Ditangguh Tahun 2015 IniPerdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah menyampaikan perutusan khas mengenai perkembangan semasa dan kedudukan kewangan negara pagi tadi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Penangguhan Program PLKN tahun ini merupakan antara langkah merasionalisasi perbelanjaan kerajaan Malaysia bagi menjimatkan lebih kurang RM400juta. 
Berikut antara langkah merasionalisasi perbelanjaan kerajaan Malaysia di mana Kerajaan akan:
(1) Optimumkan perbelanjaan ke atas bekalan, perkhidmatan, penganjuran majlis, perkhidmatan profesional yang boleh menjimatkan RM1.6 bilion;
(2) Tangguh Program Latihan Khidmat Negara tahun 2015 dengan penjimatan RM400 juta, bagi membolehkan program dikaji semula & ditambah baik;
(3) Mengkaji semula pemberian & geran kepada Badan Berkanun Persekutuan, GLC serta Tabung Amanah Kerajaan terutamanya yang mempunyai aliran pendapatan konsisten & rizab yang tinggi. Langkah ini dijangka beri penjimatan sebanyak RM3.2 bilion;

(4) Menjadual semula pembelian aset tidak kritikal seperti peralatan pejabat, perisian & kenderaan yang mampu memberi penjimatan RM300 juta

Banjir baru-baru ini telah melibatkan sekitar 400,000 mangsa seluruh negara. Anggaran terkini kemusnahan infrastruktur hampir RM2.9 bilion - BH online

KENYATAAN AKHBAR
PENANGGUHAN PLKN TAHUN 2015
Jabatan Latihan Khidmat Negara ( JLKN ) akur dengan keputusan kerajaan yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri bahawa Program Latihan Khidmat Negara ( PLKN ) ditangguhkan pada tahun 2015 bagi memberi penjimatan kepada kerajaan sebanyak RM400 juta.

Penangguhan PLKN 2015 dapat memberi ruang kepada JLKN untuk mengkaji semula dan menambahbaik program melalui Transformasi PLKN yang akan dilaksanakan nanti. Transformasi PLKN, bertujuan untuk merumus pendekatan yang terbaik bagi Program Latihan Khidmat Negara.
Lab juga telah ditetapkan pada bulan depan bagi membicangkan pelan transformasi PLKN yang melibatkan Pengusaha Kem, Ibu Bapa, Jurulatih PLKN, NGO – NGO dan Institusi Kewangan. Cadangan yang dibincangkn pada Lab akan dibawa kepada Jemaah Menteri untuk diperhalusi.
Status pelatih Kumpulan dua dan tiga yang telah terpilih mengikuti Program Latihan Khidmat Negara bagi tahun 2015 akan ditangguhkan sehingga diumumkan kelak.
Disediakan oleh:
Dato’ Mohmed Asri bin Yusof
Ketua Pengarah
Jabatan Latihan Khidmat Negara
Kementerian Pertahanan Malaysia
Tarikh: 20 Januari 2015

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now