Projek Perumahan Rakyat Budiman Mangsa Banjir Kelantan

Projek Perumahan Rakyat Budiman

Projek Perumahan Rakyat Budiman Mangsa Banjir KelantanPemuda Pas akan membina rumah bernilai RM37,000 percuma buat mangsa banjir di Kelantan iaitu Rumah Kekal Pasca Banjir Kelantan.

Ketua Pemuda Pas, Suhaizan Kaiat berkata, program dinamakan Projek Perumahan Rakyat Budiman itu bertujuan membantu mangsa berkelayakan yang hilang tempat tinggal selepas bencana buruk itu. FB Rasmi di https://www.facebook.com/rumahbudiman

Syarat Permohonan 
Projek Perumahan Rakyat Budiman Mangsa Banjir Kelantan
  • Warganegara Malaysia, 
  • Memiliki tanah sendiri, 
  • Rumah yang sudah tidak boleh dibaik pulih 
  • Isi rumah berpendapatan RM1,000 sebulan dan ke bawah.

Konsep Rumah Projek Perumahan Rakyat Budiman
  • Mempunyai tiga bilik tidur, dapur, ruang tamu dan satu bilik air. 
  • Mempunyai konsep sama seperti rumah dhuafa yang dibina oleh Kerajaan Kelantan
  • Kerajaan negeri sedang mengenal pasti penduduk yang layak menerima bantuan itu.
  • Rumah asas perintis yang pertama ini, akan mula dibina 13 Januari ini di Kampung Temiang, Kuala Krai dalam kawasan Manek Urai
  • Dana bergantung sepenuhnya kepada sumbangan orang ramai dan syarikat korporat.
  • Fasa pertama projek tersebut akan siap pada April dan fasa kedua dijangka siap pada Julai depan.
Cara Menderma
derma Projek Perumahan Rakyat Budiman
  • Terdapat pelbagai cara untuk menderma antaranya ialah konsep bina sendiri iaitu penyumbang mempunyai kemahiran dan bahan pembinaan untuk bangunkan rumah mengikut pelan yang kita sediakan.
  • “Kedua, melalui sumbangan secara lot. Satu lot berharga RM10,000 atau boleh menyumbang terus ke akaun Tabung Kemanusiaan Pemuda Pas. Penyumbang akan dapat melihat rumah contoh yang kita sediakan di Manek Urai itu sebelum membuat sumbangan,” 
Kutipan Tabung Kemanusiaan Pemuda Pas kini sudah mencecah RM155,000 dan Tabung tersebut yang dibuka sejak 25 Disember lalu dan akan ditutup 20 Jun 2015 ini.

Pihak yang ingin menderma boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Tabung Kemanusiaan Pemuda Pas di nombor akaun 564025400100 (Maybank) dan boleh menyemak perjalanan projek berkenaan di laman sesawang www.rumahbudiman.com.

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now