Punca Kieran Berhenti Hot FM Dan Sertai Sinar FM

kieran hot fmPunca Kieran Berhenti Hot FM Dan Sertai Sinar FMPersoalan kehilangan bekas deejay Hot FM iaitu Kieran yang meninggalkan stesen radio itu bulan lalu terjawab apabila dia mengesahkan untuk menyertai Sinar FM bermula Sabtu ini.

Kieran atau nama sebenarnya Maskiran Jakiran, 40, berkata, dia menerima tawaran itu sebagai deejay sambilan sahaja dan hanya ke udara pada setiap hujung minggu sahaja.

"Saya akan bekerja secara sambilan si Sinar FM bermula minggu ini, mereka memang tawarkan untuk buat fulltime tetapi saya tidak bersedia lagi.

"Namun saya berhenti Hot FM bukan sebab tawaran lumayan Sinar FM, sebaliknya mereka buat tawaran selepas memgetahui saya sudah berhenti dari Hot FM," 


Punca Kieran Berhenti Dari Hot FM
Dia menarik diri selepas menyedari usianya sudah tidak sesuai untuk mengendalikan stesen radio tersebut yang lebih menyasarkan pendengar daripada golongan muda.

"Saya sudah fikir perkara ini sejak awal tahun 2014 kerana usia sudah lanjut dan tidak sesuai untuk berada dengan Hot FM. Sebelum mereka buang, baik saya berhenti sendiri.

"Saya nak beri peluang pada penyampai baru dan stesen radio itu untuk cari pembaharuan mereka dengan suara-suara baru.

"Selain itu, saya sudah ada perancangan untuk mencari sumber pendapatan lain iaitu mengusahakan perniagaan makanan sejuk beku, Kieran Food Products yang mula beroperasi pada Oktober tahun lalu," ujarnya.

Selain itu dia juga sedang mengintai peluang dan mencuba nasib untuk menjadi pengulas sukan di Astro Arena atau mana-mana stesen televisyen yang berminat.

Kieran berkata, minat yang mendalam terhadap bidang sukan membuatkannya ingin lebih serius dalam bidang pengacara dan pengulas sukan.

"Saya sekarang tidak terikat dengan mana-mana stesen, jadi saya mencari peluang untuk jadi pengulas sukan di Astro Arena atau RTM," ujarnya - mStar online

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now