Semakan Keputusan MRSM 2017 Tingkatan 4 Online

Semakan Keputusan MRSM 2017 Tingkatan 4 Online Dan SMS. Bagi pelajar yang telah membuat permohonan kemasukan ke MRSM 2017 Tingkatan Empat (4), result keputusan kemasukan akan diumumkan secara online pada minggu akhir Januari atau awal Februari 2017. Tahun lepas ianya telah diumumkan pada 4 Februari 2016.

Pengumuman akan dibuat melalui Portal Rasmi Majlis Amanah Rakyat (MARA) di link www.mara.gov.my

Semakan MRSM 2017 Tingkatan 4 Online

Semakan Keputusan MRSM 2017 Tingkatan 4 Online

Keputusan kemasukan pelajar ke MRSM boleh disemak secara online seperti berikut :-

  1. Keputusan boleh disemak mulai hari Isnin : 23 Januari 2017 jam 10.00 malam
  2. Tarikh pendaftaran pelajar baru adalah pada 6/2/2017
  3. Pelajar yang berjaya akan menerima SMS
  4. Semakan boleh dibuat melalui link semakan seperti di bawah

Semakan Melalui SMS

Melalui perkhidmatan mySMS : mara <jarak> mrsm <jarak> angka giliran dan hantar ke 15888

e-Rayuan MRSM 2017 Tingkatan 4 

Rayuan bagi yang gagal boleh dibuat secara online. Keputusan rayuan adalah berdasarkan jumlah kekosongan setelah hari pendaftaran pelajar ke MRSM 2017.

Pemohon yang tidak berjaya pada pengambilan pertama akan diberi peluang mengemukakan rayuan secara online (tertakluk kepada markah ketika menduduki UKKM). Jika gagal ketika UKKM, pemohon tidak dibenarkan merayu (tiada butang rayuan ketika semakan dibuat). 
Begitulah seterusnya proses permohonan rayuan sehingga semua tempat pelajar MRSM telah dipenuhi.
Sebarang pertanyaan atau masalah yang dihadapi sila hubungi Bahagian Pendidikan Menengah MARA di talian 03-2613 4509 atau 03-2613 4513.

0 comment... add one now