Semakan Keputusan STAM 2016 Online Dan SMS

Semakan Keputusan Peperiksaan STAM 2016 Online Dan SMS. Bila tarikh keputusan peperiksaan STAM keluar? Pelajar yang telah menduduki Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia 2016 (STAM 2016) pasti menunggu tarikh keputusan diumumkan dengan penuh debar. Tarikh rasmi 2016 masih belum diumumkan lagi oleh KPM. Mengikut tarikh keputusan tahun-tahun lepas, Semakan Keputusan STAM 2016 dijangka diumumkan pada minggu ketiga bulan Januari 2017. Pada tahun 2015, ianya telah diumumkan pada 21 Januari 2016 bermula jam 1000 pagi. Pada tahun 2014, ianya telah diumumkan pada hari Rabu, 28 Januari 2015.

Semakan Keputusan STAM 2016 Online

Pelajar boleh membuat semakan secara online dan melalui SMS ataupun datang sendiri ke sekolah masing-masing untuk mengetahui keputusan. Semakan keputusan peperiksaan STAM secara online disediakan di link applikasi di bawah ini.

keputusan stam 2015

Semakan Keputusan STAM 2016 Online

Semkan secara online boleh di buat di https://sppat.moe.gov.my/semakan/. Sila masukkan No Kad Pengenalan dan No angka giliran. Semakan ini hanya memaparkan ringkasan keputusan. Keputusan penuh boleh diperolehi di Sekolah masing-masing ataupun Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

Semakan Keputusan STAM 2016 melalui SMS

Semakan keputusan boleh dibuat menggunakan khidmat pesanan ringkas mySMS. Berikut adalah cara membuat semakan keputusan peperiksaan STAM melalui SMS:-
Taip STAM<jarak>[Angka Giliran] dan hantarkan ke 15888

Caj perkhidmatan 15 sen akan dikenakan untuk penghantaran dan 20 sen untuk penerimaan.

Semoga pelajar yang telah menduduki Peperiksaan STAM 2016 ini berjaya mendapat keputusan cemerlang bagi membolehkan mereka untuk membuat Permohonan UPU 2016 ke IPTA, Politeknik dan ILKA yang akan dibuka pada awal Januari 2017 nanti.

0 comment... add one now