Senarai Syarikat Pelaburan Yang Tidak Diiktiraf Bank Negara Malaysia (BNM)

Bank Negara Malaysia (BNM) mengenal pasti sebanyak 197 syarikat pelaburan  yang menjalankan aktiviti perniagaan tidak diiktiraf dengan 30 peratus daripada­nya menggunakan kaedah skim pelaburan emas.
bank negara malaysia

Senarai Syarikat Pelaburan Yang Tidak Diiktiraf Bank Negara Malaysia (BNM)

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, berdasarkan perbincangan dengan pihak BNM semalam, semua syarikat yang diragui tersebut dipercayai telah menipu pelanggan membabitkan ratusan juta ringgit tetapi masih aktif sehingga kini.

“Berdasarkan aduan yang ka­mi terima, kebanyakan syarikat pe­la­buran ini menggunakan tiga cara bagi menjayakan modus ope­randi mereka iaitu menjual barangan berdasarkan kadar tertentu yang berbeza dengan harga di pasaran, membeli barangan daripada pelanggan secara ansuran dengan harga tinggi tetapi dibayar secara berperingkat-peringkat dan menjual barangan mengikut tempoh tertentu.

Dipetik dari Laman Web Rasmi BNM, Peringatan kepada Semua Pengguna

Bank Negara Malaysia (BNM) ingin memberitahu orang ramai mengenai senarai syarikat dan laman sesawang yang tidak diberi kebenaran atau kelulusan di bawah undang-undang dan peraturan berkaitan yang ditadbir oleh BNM.

Senarai nama entiti dan laman sesawang 

[Kemaskini: 31 Disember 2014]. Klik link INI untuk senarai penuh

Senarai ini disusun berdasarkan maklumat, aduan dan pertanyaan yang diterima oleh Bank Negara Malaysia (Bank) berhubung dengan aktiviti individu dan entiti yang berkenaan. Senarai ini bukan senarai lengkap (not exhaustive) dan Bank akan mengemas kini senarai ini dari semasa ke semasa. Senarai ini bertujuan untuk memberikan panduan kepada orang ramai.

Orang ramai dinasihati agar tidak membuat sebarang deposit atau pelaburan dengan individu atau entiti yang tidak dikawal selia di bawah undang-undang yang berkaitan. Mereka juga perlu membuat semakan dengan pihak berkuasa yang berkaitan sekiranya meragui sebarang skim yang ditawarkan. Orang ramai juga dinasihati untuk merujuk kepada Investor Alert dan maklumat mengenai tindakan penguatkuasaan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) yang boleh didapati di pautan yang berikut:

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


2 comments.. read them below or add one

Mohd Selim Zainal Mohd Selim Zainal 17 Januari, 2015
Assalammualaikum... PP,

kena berhati2 gak nie.. nak melabur kena cari syarikat pelaburan yang sah.. silap2 boleh lebur kan.

mselim3