Siaran Langsung Konsert Akhir Gegar Vaganza Final 2014

Live streaming Konsert Akhir Gegar Vaganza Final 2014

Live Streaming Konsert Akhir Gegar Vaganza Final 2014. Malam ini akan berlangsung Konsert Akhir Gegar Vaganza Final 2014 yang bakal diadakan di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur bermula jam 9 malam dan disiarkan secara langsung di Astro Ria (Saluran 104) serentak Maya HD (Saluran 135).

Enam peserta finalis Gegar Vaganza 2014 Minggu 8 adalah 
  • Ayai Ilusi
  • Ifa Raziah
  • Haleeda
  • Rahmad Mega
  • Mamat Exist 
  • Fazli Zainal 
Malam ini finalis akan menyanyikan dua lagu pilihan sendiri dalam 'Segmen Pertama' iaitu
  • Ifa - lagu Goyang Inul (Inul Daratista) & Matahari (Agnes Monica), 
  • Ayai - Jangan Kau Rayu (Rahim Maarof) & Semangat Lamina (Lefthanded), 
  • Fazli - Sampai Syurga (Faizal Tahir) & Tapi Bukan Aku (Kerispatih), 
  • Haleeda - Mendua (Astrid) & Pelesit Kota (Search), 
  • Rahmad - Suara Cinta (Mega) & Di Sudut Kamar Hatiku (Datuk Jamal Abdillah) 
  • Mamat - Salju Di Danau Rindu & Janji Padamu (Mamat Exist).
Segmen kedua iaitu saingan 'battle' yang bakal menyaksikan penyanyi Konsert Akhir Gegar Vaganza 2014 ditemukan sesama mereka dalam segmen 'battle' 
  • Ifa Faziah menentang Haleeda dalam lagu Fanatik (KRU), 
  • Ayai dan Rahmad dalam lagu Kalau Aku Kaya (Awi Rafael & Altimet) 
  • Fazli bersama Mamat untuk lagu Havoc (Joe Flizzow, Altimet dan Sonaone).
Hos Konsert Akhir Gegar Vaganza Final 2014 adalah Nabil Ahmad dan Jihan Muse. Juara bakal membawa pulang wang tunai RM100,000; naib juara RM30,000 ketiga RM15,000 dan keempat RM5,000.

Pemenang akan dipilih berdasarkan penilaian juri 100 peratus iaitu Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim.

Juri jemputan malam ini ialah Datuk Rosyam Nor dan Mamat Khalid.

Sebelum konsert final berlangsung, acara Karpet Vaganza bermula jam 830 malam akan berlangsung dan dihoskan oleh Marsha dan Shahrol Shiro.



1 comment... add one now

KEDAI ONLINE MURAH kedaionlinemy.com KEDAI ONLINE MURAH kedaionlinemy.com 05 Januari, 2015
terima kasih kerana kongsi video yer - kedaionlinemy.com