Steven Gerrard Tinggalkan Liverpool?

Steven Gerrard Tinggalkan Liverpool?
Steven Gerrard Tinggalkan Liverpool?. Bintang dan kapten kelab Liverpool, Steven Gerrard dilaporkan akan membuat pengumuman mengejut untuk meninggalkan kelab Liverpool pada penghujung musim, hari ini.

Masa depan kapten pasukan ‘The Reds’ itu menimbulkan spekulasi sejak beberapa bulan lalu dan dipercayai akan meneruskan kerjayanya di luar negara dan tidak menyertai pasukan 'rival' sejurus kontraknya tamat hujung musim nanti.

Pemain berusia 34 tahun itu yang menjaringkan dua sepakan penalti ketika Liverpool mencatatkan keputusan seri dengan kelab Leicester dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris semalam, turut dikaitkan dengan kelab Amerika Syarikat dari liga MLS, LA Galaxy.

Menurut laporan the Daily Express, Gerrard dijangka membuat pengumuman itu pada Jumaat bagi mengelakkan sebarang spekulasi sebelum penamat musim.

Sebelum ini beberapa kelab dari Asia Barat turut melahirkan rasa minat untuk mendapatkan khidmat Gerrard yang hanya dibenarkan membuat sebarang pengumuman bermula semalam.

Berita itu nyata memberikan khabar sedih buat peminat Liverpool yang mengharapkan Gerrard kekal.

Liverpool telah menawarkan penyambungan kontrak pada November lalu tetapi Gerrard dikatakan memilih untuk berpindah bagi mendapatkan pengalaman berbeza. Gerrard menyertai kelab Liverpool sejak berusia lapan tahun dan telah meraih hampir semua piala kecuali Juara Liga Perdana Inggeris (EPL).

KARIER STEVEN GERRARD DI LIVERPOOL
695 perlawanan, 177 gol
1 Champions League 
2 FA Cups
3 League Cups 
1 UEFA Cup
2 UEFA Super Cups
1 Charity Shield 

Berita terkini - Jumaat 700pm - 2 Januari 2015
Steven Gerrard mengesahkan yang beliau akan meninggalkan Liverpool pada penghujung musim ini.

Steven Gerrard Tinggalkan Liverpool?


KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now