Syarat Baru Kemasukan Tingkatan 4 Aliran Sains 2015

Syarat Baru Kemasukan Tingkatan 4 Aliran Sains 2015. Dipetik daripada Portal Rasmi KPM, berikut adalah surat siaran KPM memaklumkan kriteria syarat baru kemasukan murid ke Tingkatan 4 Aliran Sains bermula tahun 2015 yang berdasarkan keputusan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) untuk panduan ibu bapa dan pelajar semua.
  • Senarai aliran dan mata pelajaran Sekolah Menengah Lepasan PT3 sila Klik Aliran Menengah.

Tingkatan 4 Aliran Sains 2015

Syarat Baru Kemasukan Tingkatan 4 Aliran Sains 2015

Berikut antara syarat-syarat baru atau kriteria kemasukan ke Tingkatan 4 Aliran Sains bermula 2015 adalah seperti berikut :-
  • Murid mendapat sekurang-kurangnya gred B dalam Sains dan Matematik dalam keputusan PT3 digalakkan mengikuti aliran sains
  • Murid yang mendapat gabungan gred A/C, B/C atau C/C dalam Sains dan Matematik, mendapat sekurang-kurangnya Band 4 dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut serta berminat untuk belajar dalam aliran Sains berdasarkan Pentaksiran Psikometrik dibenarkan mengikuti aliran sains
  • Kes Khas : Murid yang mendapat gabungan gred A/D, B/D atau C/D dalam Sains dan Matematik, mendapat sekurang-kurangnya Band 4 dalam kedua-dua mata pelajaran tersebut serta berminat untuk belajar dalam aliran Sains berdasarkan Pentaksiran Psikometrik.
  • Murid yang dapat gred E dalam mana-mana matapelaran tidak layak masuk aliran Sains.
Berikut adalah surat siaran makluman Syarat Baru Kemasukan Tingkatan 4 Aliran Sains 2015 yang juga boleh dimuat turun di SINI


1 comment... add one now

Muhsidiq Muhsidiq 10 Januari, 2015
Ini Blog Malasya ya? ayah saya juga bekerja dimalasya :)