Tauke Jambu Padam Gambar Kereta Ferrari Elak Kontroversi Zizan

ferrari zizan razak

Tauke Jambu Padam Gambar Kereta Ferrari Elak Kontroversi ZizanPelawak Tauke (Jambu) berkata, dia terpaksa memadamkan gambarnya bersama kereta Ferrari yang difahamkan milik Zizan Razak di Instagramnya kerana enggan kontroversi melibatkan pelawak itu dengan Emma Maembong menjadi semakin parah.

Tauke atau nama sebenarnya Zamatul Amri Zakaria, 39, berkata, dia melakukan perkara itu kerana terlalu gembira dengan kejayaan Zizan yang mampu memiliki kereta mewah hanya menjadi seorang pelawak.

"Sejujurnya saya tidak tahu kereta itu antara penyebab berlakunya kontroversi antara Zizan dan Emma.

”Bukan niat saya untuk menunjuk-nunjuk atau sengaja menghangatkan lagi keadaan tetapi saya berbuat demikian kerana bangga dengan kejayaan Zizan sebagai kawan saya,"


Difahamkan harga sebuah kereta mewah Ferrari dari model F430 dianggarkan melebihi RM1.5 juta - mStar online

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now