Tema Anugerah Juara Lagu 29 (AJL29) Tahun 2015

Anugerah Juara Lagu 29 (AJL29) Tahun 2015
Tema Anugerah Juara Lagu 29 (AJL29) Tahun 2015Anugerah Juara Lagu 29 (AJL29) Tahun 2015 bakal berlangsung pada 18 Januari 2015 secara langsung jam 9 malam dari Stadium Putra Bukit Jalili. Hos AJL29 adalah AG dan Scha Alyahya, 
Tema Anugerah Juara Lagu (AJL) 29 tahun ini adalah "Gema dalam Muzik" di mana pentas unggul itu kembali kepada elemen asas dan intipati sesebuah muzik.
Malah malam itu juga bakal mengangkat instrumen muzik sebagai dasar terpenting di dalam penghasilan bunyi.
Gabungan bunyi yang terhasil inilah yang dinamakan gema yang bakal memeriahkan AJL29.
Anugerah Juara Lagu 29 bakal dipancarkan secara langsung oleh Pamoga dan Qu Puteh sebagai penaja utama dan Nu Sentral selaku penaja bersama.
SENARAI HADIAH PEMENANG AJL 29 
1) Juara AJL29 - trofi, hadiah wang tunai sebanyak RM50,000
2) Naib juara pula akan menerima RM35,000 dan tempat ketiga RM20,000. 
3) Kategori vokal terbaik dan persembahan terbaik masing-masing akan membawa ganjaran RM12,000. 
SENARAI FINALIS AJL29
1. Masih Aku Cinta - Shila Amzah
2. Di Pintu Syurga - Dayang Nurfaizah
3. Romancinta - Mojo
4. Gadis Jolobu - W.A.R.I.S ft. Hattan
5. Lelaki - Yuna
6. Percayalah - Indah Ruhaila
7. Gilalah - Stacy
8. Sesal Separuh Nyawa - Alyah
9. Rentak Laguku - Bunkface ft. Amy
10. Matahari - Hafiz
11. Apa Khabar - Joe Flizzow ft. SonaOne
12. Malaikat - Hazama

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

1 comment... add one now