Undian Piala FA Inggeris 2015 Pusingan Kelima

Keputusan Undian Piala FA Inggeris 2015 Pusingan KelimaJuara bertahan, Arsenal telah diundi bertemu kelab Middlesbrough dalam saingan pusingan kelima Piala FA, hari ini.

Barisan didik Aitor Karanka yang membuat kejutan menewaskan Manchester City dalam pusingan keempat akan berkunjung ke Stadium Emirates Stadium pada 14 atau 15 Februari ini.

Kelab League One, Bradford City yang mencipta kejutan terbesar menyingkirkan Chelsea akan menentang Sunderland atau Fulham di gelanggang sendiri.

Piala FA Inggeris 2015

Sementara itu pemenang perlawanan ulangan di antara Cambridge United dan Manchester United akan berkunjung ke Preston atau Sheffield United.

Crystal Palace akan menjadi tuan rumah kepada Liverpool atau Bolton Wanderers manakala pertemuan lain membabitkan kelab Liga Perdana Inggeris iaitu Aston Villa menentang Leicester City dan West Brom temu West Ham. - BBC Sport

Jadual Undian pusingan kelima Piala FA Inggeris 2015

Crystal Palace mln Liverpool-Bolton Wanderers

Arsenal mln Middlesbrough

Aston Villa mln Leicester City

West Brom mln West Ham

Bradford City mln Sunderland-Fulham

Blackburn Rovers mln Stoke City

Derby County mln Reading

Preston NE-Sheffield Utd mln Cambridge Utd-Manchester Utd

5 Kaedah Mudah Ajar Anak Anda Membaca Seawal Usia 3 Tahun  SINI


KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now