Video Pekerja KFC Bergaduh Bertumbuk Jadi Viral

Video Pekerja KFC Bergaduh Bertumbuk Jadi Viral

Video Pekerja KFC Bergaduh Bertumbuk Jadi Viral. Rakaman video pergaduhan dua pekerja Kentucky Fried Chicken (KFC) menjadi viral di laman sosial. Difahamkan ianya berlaku di KFC Cawangan Jalan Raja Laut KL.

Berdasarkan status yang dipaparkan di laman rasmi Facebook kumpulan rangkaian makanan segera itu,  mereka bergaduh mengenai masalah peribadi.

Status di laman itu juga menjelaskan pergaduhan itu berlaku di antara adik beradik.


Timbalan Kanan Presiden KFC, MJ Ling berkata, siasatan dalaman masih dilakukan.

Ling menulis, pihak syarikat telah memulakan siasatan dalaman bagi mengetahui punca sebenar insiden ini berlaku.

"KFC menjalankan latihan terperinci kepada kakitangan bagi menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku ketika  bekerja, namun ia gagal dielakkan.

"Kami akan memperbaiki program yang ada bagi mengelak kejadian sama berulang lagi," jelas Ling.

Rakaman video berdurasi 36 saat itu dirakam oleh pelanggan ketika menunggu giliran untuk membuat pesanan di KFC Jalan Raja Laut.

Pergaduhan menunjukkan pekerja wanita memulakan pergaduhan dengan seorang  budak penghantar (delivery boy).

Dalam masa sama, seorang lagi pekerja lelaki muncul memberi  'flying kick' kepada budak penghantar itu, manakala seorang lagi pekerja lelaki cuma menenangkan keadaan.

Rakaman video berakhir apabila mereka yang terlibat bergerak ke bahagian dapur, kemungkinan untuk mengelakkan lebih banyak perhatian daripada pelanggan.

Sehingga kini, video yang dimuat naik pada petang Sabtu telah ditonton sebanyak 3,713 kali - mStar online

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now