Video Pengumuman Khas MH370 Oleh Ketua Pengarah DCA Khamis 29 Januari 2015

Video Pengumuman Khas MH370
Video Pengumuman Khas MH370 Oleh Ketua Pengarah DCA Khamis 29 Januari 2015. Malaysia semalam secara rasmi mengumumkan kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 sebagai satu kemalangan.

Perkara itu diumumkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), Datuk Azharuddin Abdul Rahman menerusi pengumuman khas mengenai kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di RTM1 pada Khamis 29 Januari 2015.


"Kami secara rasmi mengisytiharkan pesawat MH370 sebagai satu kemalangan berdasarkan Standard of Annexes 12 dan 13 Chicago Convention," katanya.


Untuk informasi, setiap waris boleh mendapat maklumat yang disahkan di laman web khas MH370. www.mh370.gov.my yang ditubuhkan, khusus untuk waris penumpang.


Video Pengumuman Khas MH370 Oleh Ketua Pengarah DCA Khamis 29 Januari 2015


Ini pula Kenyataan Rasmi Jakim


KENYATAAN RASMI
KETUA PENGARAH
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
BERKENAAN STATUS TRAGEDI MH370
SEMPENA
PENGUMUMAN STATUS PENCARIAN MH370 SEPERTI YANG DIUMUMKAN OLEH KERAJAAN
1. Saya mengambil kesempatan bersama seluruh rakyat Malaysia berkongsi kesedihan di atas tragedi yang menimpa pesawat Malaysia Airlines MH370 yang telah diisytiharkan kemalangan dan kesemua 239 penumpang dan anak kapal pesawat tersebut dianggap telah terkorban seperti yang telah diumumkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) petang tadi.
2. Ekoran daripada pengumuman tersebut Kerajaan telah mengesahkan bahwa semua penumpang dan anak kapal telah dianggap meninggal dunia, saya ingin menjelaskan beberapa perkara mengenai kedudukan hukum dan berkaitan dengan tragedi MH370 sepertimana yang telah diputuskan oleh Muzakarah Khas Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada 25 Mac 2014 yang lalu telah mengambil beberapa ketetapan bahawa Solat Jenazah Ghaib tidak perlu dilaksanakan. Sebaliknya semua umat Islam adalah diseru supaya mengadakan tahlil dan doa kepada semua penumpang dan anak kapal MH 370.
3. Sehubungan dengan itu, Masjid Negara akan mengadakan Tahlil khas sebaik sahaja selesai Solat Jumaat esok, 30 Januari 2015. Manakala, Masjid-masjid di bawah seliaan Jakim iaitu Masjid Putra, Putrajaya, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya serta seluruh masjid di bawah kelolaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) juga akan mengadakan Majlis Tahlil khas sejurus selepas Solat Jumaat.
4. Dalam masa yang sama, seluruh masjid di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri seluruh Malaysia adalah dipohon kerjasama untuk mengambil inisiatif yang sama.
5. Mengenai hal-hal berkaitan pengagihan harta pusaka, pembubaran status perkahwinan mangsa, atau hukum-hukum lain yang bersangkutan daripada tragedi ini, ianya hendaklah dirujuk kepada pihak berkuasa berkaitan berasaskan peruntukan undang-undang yang telah ditetapkan setelah pengesahan atau pensabitan kematian diputuskan oleh mahkamah.
Sekian dimaklumkan.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
‘Saya Yang Menurut Perintah’
(DATO’ HAJI OTHMAN MUSTAPHA)
29 Januari 2015

5 Kaedah Mudah Ajar Anak Anda Membaca Seawal Usia 3 Tahun  SINI

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


1 comment... add one now

Sentiasa Panas Sentiasa Panas 30 Januari, 2015
Konspirasi terbesar dalam sejarah penerbangan. Kesian mereka yang menjadi mangsa..