Vincent Tan Tukar Jersi Dan Logo Cardiff City Kembali Ke Asal

cardiff city football club
Vincent Tan Tukar Jersi Dan Logo Cardiff City Kembali Ke AsalCardiff City beraksi dengan jersi tradisi biru dan logo asal Bluebird bagaikan memberi semangat baharu kepada pemain Cardiff City apabila berjaya menewaskan Fulham pada malam Sabtu.
Stadium Cardiff City yang sesak dengan penyokong yang gembira dengan keputusan untuk menukar semula warna rasmi kelab kepada biru ternyata memberi sokongan padu kepada pasukan mereka.
Ternyata ia berbaloi apabila penyokong dihadiahkan gol pada minit ke-14 perlawanan hasil rembatan Sean Morrison, sekali gus memberi kemenangan buat kelab itu.
Terima kasih kepada ibu hartawan Malaysia, Tan Sri Vincent Tan yang menasihatkannya supaya menukar semula warna rasmi Cardiff City kepada biru.
Selain itu, beliau juga mengembalikan logo asal Bluebird sebagai langkah untuk berdamai dengan penyokong.
Anak kelahiran Batu Pahat, Johor itu mengakui nasihat ibunya, Low Siew Beng mendorong beliau mengubah fikiran.
Cardiff yang kini bersaing dalam Liga Kejuaraan England akan memakai jersi biru apabila bermain di tempat sendiri, berbanding jersi merah yang digunakan selama ini.
Vincent, 63, menukar jersi utama Cardiff daripada biru kepada merah, selain menukar logo Burung Biru (Bluebird) kepada naga merah selepas membeli kelab itu pada 2012.
Beliau percaya, naga dan warna merah bakal membawa tuah kepada kelab Wales tersebut, bagaimanapun tindakannya tidak diterima penyokong Bluebirds.
Bagaimanapun, kedatangan ibunya untuk menonton perlawanan menentang Fulham mengubah pendirian Vincent apabila pemain kelab itu akhirnya menyarung jersi tradisi mereka itu - mStar online
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now