Whatapps Kini Ada Versi Desktop

Whatapps Kini Ada Versi DesktopWhatapps kini memperkenalkan perkhidmatan menghantar pesanan menerusi pelayar web.
Whatapps

Melalui blognya, Whatsapp berkata, pelayar web akan menduakan setiap perbualan dan pesanan dari peranti telefon bimbit dan setiap pesanan pengguna akan terus berada di dalam telefon bimbit.

"Peranti telefon bimbit anda perlulah sentiasa mempunyai capaian internet untuk memastikan aplikasi ini berfungsi dan sentiasa berhubung", kenyataan itu dipetik.

Untuk mengaktifkan perkhidmatan ini, pengguna boleh melayari https://web.whatsapp.com melalui pelayar web Google Chrome sahaja dan pengguna perlu mengimbas kod QR yang diberikan terlebih dahulu sebelum menggunakannya.

Bagaimanapun, perkhidmatan ini tidak boleh digunakan oleh pengguna iOS ekoran kekangan di platform Apple - SH


5 Kaedah Mudah Ajar Anak Anda Membaca Seawal Usia 3 Tahun  SINI

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now