Amalan Zikir Harian Imam Al-Ghazali

Amalan Zikir Harian Imam Al-Ghazali. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya ingin kongsikan zikir yang diamalkan oleh imam kita Imam Al Ghazali. Dijemput share kepada rakan-rakan dan ahli keluarga akan amalan yang baik ini.  

Insya Allah sebaik-baik manusia adalah manusia yang selalu mengingati Allah SWT. Tidak kira di mana dan apa juga yang dilakukan, hati kita sentiasa mengingati Allah. Dengan menyebut dan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang. 
Semoga dengan melakukan amalan zikir harian ini, hati akan bertambah kasih dan cinta kepada Allah. Seterusnya akan melahirkan insan yang bertakwa.
Ada ulama yang membahagi masa tertentu dalam melafazkan zikir-zikir menurut masa atau hari. Walaupun begitu berzikir dan berdoa kepada Allah tidak mengenal batas dan waktu yang boleh kita kerjakan bila-bila masa saja dan dimana sahaja asalkan bukan tempat-tempat yang makruh melafazkannya seperti dalam tandas dan sebagainya. Zikir-zikir yang diamalkan dengan jumlah tertentu dengan hari tertentu ini mungkin disusun untuk memudahkan orang awam melatih diri dalam memperbanyak zikir kepadaNya. 

Diantaranya:

Hari Jumaat: Ya Allah ( 1000 X ) 
Hari Sabtu: La ilaha illallah ( 1000 X )
Hari Ahad: Ya Hayyu Ya Qayyum ( 1000 X ) 
Hari Isnin: La haula wala quwwata illa billa hil 'aliyyil 'a ziim ( 1000 X ) 
Hari Selasa: Allahumma salli 'ala 'abdika warasulika wanabiyyikal amiina wa'ala alihi wasahbihi wasallim ( 1000 X ) 
Hari Rabu: Astagh firullahal 'a ziim ( 1000 X ) 
Hari Khamis: Subhanallahii 'a ziim , Subhanallahi wabihamdihi ( 1000 X )



Amalan Zikir Harian Imam Al-Ghazali

5 Kaedah Mudah Ajar Anak Anda Membaca Seawal Usia 3 Tahun  SINI

KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI


0 comment... add one now