Azmil Juara Mentor Legend 2015

Keputusan Pemenang Final Mentor Legend Konsert Akhir 22-2-2015. Debaran siapa juara Mentor Legend Konsert Akhir 2015 telah terjawab sebentar tadi apabila protoge Azmil dengan mentor, Dayang Nurfaizah telah menjadi Juara Final Mentor Legend 2015.

Tiga finalis iaitu Aina, Sarah dan Azmil telah bertarung sengit di pentas akhir program realiti itu yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam malam ini.

Sebagai juara, Azmil membawa pulang hadiah wang tunai RM300,000, kereta Iriz, Trofi, Baucar Zalora RM10,000 dan  TV HD.

Kemenangan itu sekali gus melayakkan Azmil atau nama sebenar Azmil Karim bersama mentornya, Dayang Nurfaizah yang masing-masing membawa pulang kereta Proton Iriz.

Mereka turut berkongsi wang tunai RM300,000 serta trofi.

Tempat kedua dimenangi Nurul Aina Abdul Ghani (Aina) dan mentor Ella yang membawa pulang wang tunai RM200,000.

Manakala tempat ketiga disandang Maishara Fazny Mahadzir (Sarah) dan mentor Amy Search yang menerima wang tunai RM100,000.

Terdahulu, setiap finalis dikehendaki mempersembahkan tiga lagu secara solo serta berduet dengan artis jemputan dan mentor masing-masing.

Aina bersama Ella berduet dalam lagu Layar Impian. Dia kemudian secara solo menyampaikan medley lagu Menghitung Hari dan Mencintaimu sebelum berduet dengan Mila Jirin dalam lagu Fallin.

Azmil bersama Dayang Nurfaizah berduet Aku Jatuh Cinta dan Menceceh Bujang Lapok diikuti persembahan solo Menanti Sebuah Jawapan dan duet bersama Mimi One Nation Emcees dalam lagu Naluri Lelaki.

Sarah pula berganding dengan Amy Search dalam medley lagu Isabella dan Pawana. Dia kemudian menyampaikan lagu medley Dangerously In Love dan Tanpa Kekasihku secara solo dan diakhiri dengan Ikut Rentakku dan Mercy duet bersama Atilia.

Turut memeriahkan pentas final Mentor Legend adalah penyanyi popular Indonesia Cakra Khan yang turut hadir sebagai juri undangan menggantikan Datuk Ramli MS.

Azmil Juara Mentor Legend 2015
KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

0 comment... add one now