Berita Palsu JAKIM Haramkan Instagram 'The Rich Kids of Malaysia'

Berita Palsu JAKIM Haramkan Instagram 'The Rich Kids of Malaysia'. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menafikan ada mengeluarkan kenyataan media b#agi mengharamkan satu akaun Instagram atas nama 'The Rich Kids of Malaysia'.

Pegawai Perhubungan Awam Jakim, Aisha AlKharib Shah berkata pihaknya tiada kena mengena dengan kenyataan yang tersebar di media sosial itu.

Kenyataan palsu bertajuk 'Status Akaun Instagram The Rich Kids of Malaysia' bertarikh 6 Feb itu di#keluarkan atas nama Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha.

instagram

"Kita menafikan sama sekali kenyataan itu dikeluarkan Jakim," kata Aisha hari ini.

Antara lain, kenyataan palsu itu menyebut Jakim me#ngambil keputusan mengharamkan akaun berkenaan kerana beberapa faktor antaranya gambar-gambar yang dimuat naik menonjolkan sifat riak yang bertentangan dengan ajaran agama Islam - *Astro Awani*


KEPUTUSAN DAN JADUAL LIGA PERDANA INGGERIS 2014 SINI

1 comment... add one now

Sentiasa Panas Sentiasa Panas 06 Februari, 2015
Biar la anak-anak orang kaya tu..